Kenapa Persaingan Di Sekolah Itu Baik Untuk Kanak- Kanak? Jom Baca!

Setiap ibu bapa pasti inginkan anak-anak memiliki tumbesaran yang baik dan sihat. Perkembangan minda anak-anak adalah penting, dan didikan di sekolah juga perlu dititikberatkan selain didikan secara langsung dari ibu bapa.

Isu yang tular sekarang adalah berkenaan dengan pengasingan kelas dimana ia membuatkan sebahagian dari para ibu bapa tidak senang duduk. Namun, ada sahaja yang setuju dengan pelaksanaan ini. Salah seorang dari kalangan kita cuba berkongsi pendapat mengenai dengan isu ini, jom hayati luahannya….

********

Baru - baru ini saya terbaca beberapa penulisan mengenai sekolah yang membuatkan saya risau.

Ianya berkenaan tiada lagi pengasingan kelas bagi murid - murid di sekolah. Tiada kelas pandai, tiada kelas yang perlu lebih perhatian.

Alasannya adalah untuk tidak membiarkan murid yang ketinggalan terus ketinggalan.

Betapa ceteknya pemikiran sebegini, di luar pemahaman saya. Murid yang ketinggalan memerlukan lebih perhatian dari guru dan perlu diajar dengan kaedah yang berbeza dari murid yang lebih tahu.

Kita ambil contoh murid yang tahu huruf A itu apa dan murid yang tidak tahu huruf A itu apa. Kemudian, mereka berdua di ajar bagaimana mahu mengeja AYAM. Untuk mencapai objektif ini, guru perlu mengajar murid yang tidak tahu itu memahami huruf dahulu. Tetapi, bagaimana dengan yang sudah tahu itu?

Guru adalah manusia, bukan sentiasa boleh buat 2, 3 kerja dalam satu masa dan bukannya mengajar hanya 2 orang murid. Hasilnya, yang sudah tahu terpaksa menunggu, sedangkan mereka sudah bersedia untuk terus belajar perkara yang lebih kehadapan.

Adakah dengan meletakkan mereka di dalam satu kelas akan menjadikan murid yang tidak tahu A itu terus tahu mengeja? Iya, tetapi dalam masa yang sama, ianya menyekat pembelajaran murid yang lebih tahu.

Pengasingan kelas bukan bertujuan untuk pengasingan hidup. Mereka masih bersosial seperti biasa. Cuma semasa belajar, mereka diletakkan di dalam kelompok penerimaan pembelajaran yang sama supaya mereka boleh terus belajar dengan lancar.

Bila di dalam suatu kumpulan, akan wujud persaingan secara semulajadi. Yang di hadapan, akan menjadi arah tujuan. Namun, jika yang di hadapan itu terlalu jauh, mereka bukan sahaja akan berhenti bersaing, malahan akan berhenti mencuba. Hasilnya, akan menjadi bertambah buruk.

Akan tetapi, apabila mereka berada di dalam kumpulan yang bersesuaian, mereka akan lebih mudah bersaing dan cuba memajukan diri.

Saya bimbang, kita akan jatuh ke tahap masyarakat yang tidak ada semangat persaingan langsung, di mana tidak akan ada perasaan perlu menjadi lebih baik kerana lebih atau kurang itu tiada bezanya.

Tidak semua manusia dilahirkan sama. Itu sebabnya ada yang boleh ke universiti dan ada yang tidak. Yang pentingnya, bagaimana menggunakan sepenuhnya kelebihan diri sendiri dan bersaing di dalam liga yang sesuai.

Tiada kejayaan yang datang bergolek dengan mudah. Semuanya di atas usaha dan kerja kuat kita. Persaingan menjadikan anak - anak kita lebih berusaha. Janganlah buang elemen yang penting di dalam menjadikan seseorang itu berjaya, iaitu persaingan. Ianya juga bertujuan untuk menyediakan mereka dengan cabaran dunia sebenar.

Persaingan itu baik. Tiada persaingan itu menakutkan. Persaingan itu juga menjadikan kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik.

Cadangan. Semasa pembahagian kelas, jangan ikut urutan. Namakan secara rawak tanpa mengikut susunan abjad. Jadi tiada siapa dapat nilai kelas mana yang depan, mana yang perlu lebih perhatian. Contohnya 1 Gemilang, 1 Cemerlang, 1 Canggih, 1 Hebat, 1 Ohsem.

Apa yang kita patut buat sebagai ibu - bapa? Redha dan kenal pasti kelemahan anak. Cuba atasinya dan jangan hanya bergantung kepada guru - guru sahaja. Berhentilah membanding - banding. Kesannya amatlah tidak baik.

********

Namun, ia terpulang pada setiap ibu bapa untuk menerima gaya didikan. Setiap ibu bapa pasti mempunyai cara atau gaya tersendiri untuk mendidik anak-anak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen