Tips Kawal Nafsu Membeli Barang Secara Online.

Oleh: Zuzu Yasmine

Membeli belah kini terlalu mudah, tidak perlu beratur panjang, tidak perlu keluar rumah mahupun tidak perlu membayar wang petrol. Apa yang dihajat dihati boleh diakses melalui hujung jari sahaja. Tidak kiralah melalui telefon bimbit ataupun laptop, semua perkara yang ingin dibeli boleh tertunai.

Disebabkan kemudahan yang sedia ada ini telah menyebabkan banyak pembaziran yang dilakukan oleh mereka yang suka membeli barang atas talian tanpa berfikir panjang. Tanpa perlu keluar rumah, semuanya ada di depan mata. Terutama apabila tiba masa promosi dan big sale. Kalau boleh semua barang ingin dibelinya.

Membeli barang yang anda tidak perlukan atau anda sekadar menginginkannya hanyalah pembaziran sahaja. Maka dengan itu, anda perlu bijak mengawal nafsu membeli anda agar tidak ada berlakunya pembaziran malah akan terus pergi ke simpanan yang sepatutnya.



Anda tidak tahu cara untuk mengawalnya? Berikut adalah cara-cara mengawal nafsu membeli barangan secara online dengan betul.

1. Membeli dalam keadaan yang santai dan tenang.

Jangan terburu-buru dalam membuat pilihan, pastikan anda berada dalam keadaan tenang jika ingin membeli barang. Sikap yang terburu-buru dan tergesa-gesa hanya akan membuatkan anda terlibat dalam membali barangan yang anda tidak perlukan. Sebab itulah apabila ada promosi, mereka akan menyediakan had masa untuk anda melakukan pembelian secara tergesa-gesa.

Apabila anda melakukan ketika anda bertenang dan santai, ia akan memberikan anda masa untuk berfikir yang mana anda perlu beli dan yang mana tidak. Bahkan anda dapat berfikir dengan lebih lama sedikit.

2. Elakkan melanggan iklan.

Untuk mengetahui promosi apa sedang berlaku, rata-rata daripada kita akan meletakkan pemeberitahuan atau notification terhadap laman web tersebut. Hal ini untuk mengetahui jika ada sebarang promosi yang berlaku bahkan jika barang yang kita inginkan itu ada diskaun.

Namun begitu, perkara ini hanya membuatkan anda lebih mudah melakukan pembaziran. Mana tidaknya, setiap kali pemberitahuan menyatakan ada promosi, pasti anda akan melihatnya lalu tanpa sengaja anda akan membelinya.



3. Alihkan tumpuan anda.

Biasanya kita akan membeli satu barangan itu apabila kita terlalu memikirkannya. Sebab itulah membeli belah ini membantu mereka yang sedang alami kesedihan dan tekanan. Hal ini kerana, ia mampu mengalihkan satu tumpuan.

Maka dengan itu, cuba anda alihkan satu tumpuan anda kepada perkara yang lebih penting apabila anda ingin membeli sesuatu. Jangan terlalu memikirkan barang yang anda inginkan tapi lebih memikirkan keperluan yang perlu anda tanggung nanti.

Tidak mudah untuk mengawal nafsu membeli belah ini. Hal ini kerana, ia bagaikan satu perkara yang membuat anda gembira dan ketagih. Walaupun begitu, anda perlu bijak mengawalnya demi kebaikan anda sendiri.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen