Bila Anak Tak Lalu Makan Pasti Ada Puncanya, Ikuti Penjelasan Doktor Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ibu bapa mana yang tidak risau apabila anak kesayangan tidak mahu menjamah sedikit makanan pun. Sudah dimasakan pelbagai jenis hidangan yang menarik perhatiannya tapi tetapi sahaja hidang tersebut ditolaknya. Itu belum lagi usaha kita memanggil dan memujuknya untuk merasa makanan yang dihidangkan itu, sukar benar untuk dirinya menerima perkara tersebut.

Apabila anda tolak makanan yang lebih mengenyangkan ini pasti ada sebab dan punca mereka berkelakuan itu. Mari ikuti penjelasan daripada Dr. Suriyakhatun, akan beberapa punca anak anda tidak mahu makan ini. Mungkin kita salah satu puncanya.



ANAK TAK LALU MAKAN? Bahagian satu.

Bertubi-tubi pembaca pm saya minta pendapat nak buat apa. Anak banyak minum susu dan tak lalu makan.

Ada yang minta saya terangkan secara terperinci apa dia patut buat.

Ada yang minta saya share dengan dia link posting saya sebab tak dapat cari sendiri .

Disamping itu ada pula yang sanggup datang dari jauh jumpa saya dipusat rawatan saya untuk khidmat nasihat dan rawatan sebab menghargai dan memberi nilai pada usaha saya untuk menolongnya.

Oleh kerana sudah banyak sangat soalan yang sama, maka saya cubalah jawab apa yang mampu disini.


Ada banyak kemungkinan anak tak lalu makan.

1. Sudah kenyang dengan susu berbotol-botol.

2. Telah dibiasakan dengan kuih, gula-gula biskut kek dan jajan. Makanan sampingan ini jadi makanan utama. Makanan ini senang dapat sebab sentiasa ada supply dirumah. (apa solusi dia agaknya?)

3. Ibu-bapa penjaga tidak tahu nak berikan anak yang dia suka, memaksa anak makan makanan tawar tidak ada rasa dan tidak sedap, tidak ikut selera anak.

4. Anak ada masalah penghazaman dan kurang selera a disebabkan sistem ususnya tidak optima. Yang ini boleh berlaku sebab no 1 dan 2.

                                 

Bila sudah lebih setahun dan masih minum susu lebih dari 3 botol 250ml, sudah terlalu banyak, lebih lagi jika berikan susu berperisa. Semua susu formula tinggi kandungan gulanya. Banyak gula, banyak perasa tiruan dan banyak pewarna jejas penghazaman. Begitu juga no 2. Banyak gula dan banyak processed food memberi anak karbohidrat dan lemak dan tak cukup vitamin, zat galian dan protein.

Mikrobiota usus akan berubah kepada yang kurang baik maka selera makannya pada makanan berkhasiat akan kurang. Dia akan tidak berselera pada makakan sihat dan pilih makanan tak sihat.

"Tapi Dr, saya terpaksa bagi, tak bagi dia mengamuk."

Oklah wahai ibu-bapa, anak kamu yang diktat kepada kamu ya? Kamu ikut cakap anak walaupun anak minta yang akan sakitkan dia. Saya nak tanya, kalau anak nak terjun dari atas kamu beri tak? Walaupun dia meronta dan menjerit nak terjun? Tentu tidak kan ? Samalah, bila beri dia makan yang akan menyebabkan dia sakit.

PS. Bagi ibu-bapa yang berjaya beri anak real foods dan hentikan botol yang berbotol-botol

Jika anak mengalami masalah ini, cuba perlahan-perlahan untuk kurangkan susu mereka itu, tapi jangan buat perubahan terlalu drastik.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen