Usap Belakang Dan Peluk Anak Selama 10 Saat Mampu Lembutkan Hati Serta Positifkan Emosinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam mendidik anak-anak ini, kita perlukan sentuhan dan kata-kata yang lembut. Jangan terlalu garang dengan anak-anak nanti mereka juga semakin jauh dengan kita. Sebab apa? Mereka kurang rasa kemesraan kita dengan dirinya.

Ada tak dalam satu masa itu kita merasakan anak kita ini tidak mahu dengar kata kita, suka melawan apa yang kita cakap bahkan rasanya dia tidak seperti anak orang lain. Apa yang beza sangat anak kita ini dengan anak orang lain?

Jangan terlalu mudah menyalahkan anak kita ini. Mungkin hasil didikan kita dan melihat tingkah laku kita dia memperoleh kelakuan yang sebegitu. Cuba lihat dahulu didikan yang bagaimana telah kita berikan kepada dirinya sehingga dia sebegitu rupa.

Menurut Fadzielah Ayub, salah satu cara untuk membantu untuk melembutkan hati dan juga emosi anak ini adalah dengan mengamalkan pelukan efektif. Jom ikuti perkongsiannya.



TIP PELUKAN EFEKTIF UNTUK LEMBUTKAN HATI ANAK

Semalam abah Zayd balik kerja awal. Alhamdulilah sempat solat maghrib di rumah berjemaah.

Lepas solat sambil tunggu isyak, ummi baru berkesempatan kongsi input yang ummi dapat masa Program Intervensi Awal Kanak-Kanak iaitu PELUKAN EFEKTIF.

Kadang-kadang kita rasa anak susah nak dengar cakap kita. Kita rasa anak tak hormat kita. Kita rasa anak degil.

Ini adalah salah satu cara untuk kita lembutkan hati anak dan bina emotionally connection antara ibu bapa dengan anak.

1. Eye level kena sama. Duduk atau berlutut supaya dapat bertentang mata dengan mata anak.

2. Peluk anak selama 8-20 saat. 10 saat sudah memadai.

3. Usap belakang anak atau bahagian belakang kepala anak untuk aktifkan rasa kasih sayang pada anak.

                          

Ucap, peluk dan cium sekurang-kurangnya 3x sehari atau paling kurang sehari sekali.

Masa pelukan effektif ni, kita ucapkanlah kasih sayang, kata-kata positif, minta maaf dan pesan yang baik-baik pada anak. Doakan yang baik-baik untuk anak.

Jangan sesekali ungkit kesalahan anak yang anak lakukan masa pelukan.

"Zayd, ummi minta maaf kalau ummi buat salah hari ni. Terima kasih sebab banyak dengar cakap ummi hari ni. ummi doakan Zayd sihat selalu. Jangan lupa dengar cakap ummi dan abah."

InsyaAllah, anak akan rasa keikhlasan hati kita bila kita ucap dan doakan yang baik-baik padanya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen