Dengan Didikan Agama, Anak Dara Norman Hakim Dan Abby Abadi Berjaya Tamatkan Hafazan.

Bertuah sungguh Norman Hakim dan Abby Abadi. Anak dara mereka Marissa Dania telah berjaya menamatkan hafazan Matan Burdah Busiri. Sama ada Norman mahupun Abby, masing-masing berkongsi kegembiraan di atas pencapaian anak mereka.

Malah mereka juga turut menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Al-Quran, Hadith & Turath As-Sofa sekaligus meraikan kejayaan Marissa menamatkan hafazan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul.

Norman dan Abby turut berkongsi kegembiraan kejayaan anak mereka di laman Instagram masing-masing.

“normanhakim_786: Alhamdulillah terima kasih Jumaat yang indah.Syukur utk update ini dari pihak sekolah.Jangan berhenti berusaha & berdoa,berdoa & berdoa untuk memohon segala kebaikan dilangit & dibumi

Terima kasih utk doa2 kalian jugak untuk cenonet @marissadania_ @marissadaniaaaaa_ selama ni.Alhamdulillah syukur terima kasih Ya Allah...”


“abby_abadi112: @marissadaniaaaaa_ Tahniah Adik. Baru permulaan ni Adik ye. Jauh lagi nak melangkah... jalan yg tentu beronak dan berduri. Terus kuat!”

Cara didikan keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi harus dicontohi kerana menitikberatkan didikan agama kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Perpisahan antara Norman dan Abby tidak menjadi penghalang untuk mereka memberikan kasih sayang secukupnya. Hubungan yang akrab antara kedua-dua buah keluarga ini menjadikan kehidupan keluarga 'besar' Norman dan Abby lebih harmoni.

Daripada apa yang dilihat dapat disimpulkan bahawa sama ada Norman mahupun Abby masing-masing mengamalkan:

  • Hubungan keluarga yang akrab.
  • Menitikberatkan pendidikan agama.
  • Manjakan anak-anak tetapi dalam masa yang sama sedikit tegas.
  • Menjadikan hubungan dengan anak-anak seperti rakan rapat.
  • Sentiasa meraikan kejayaan anak-anak sebagai tanda sokongan agar anak-anak sentiasa rasa dihargai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen