Antara Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Bersama Anak-Anak Ketika Cuti Sekolah.

Untuk menjadi contoh yang baik untuk anak-anak, sebagai pasangan ibu bapa yang telah dewasa tunjukkan lah contoh yang baik untuk diteladani oleh anak-anak. Mulakan dari diri anda dahulu, bukan para cikgu atau kedua orang tua anda.

Sekiranya ketika bercuti pasangan suami isteri asyik mengadap telefon bimbit, pasti si anak-anak juga berebut untuk bermain dengan telefon bimbit. Apa kata ubah gaya hidup anda untuk lebih sihat. Lakukan beberapa aktiviti yang sihat, supaya dapat menjana minda anak-anak menjadi lebih kreatif dan produktif.

Antara aktiviti yang anda dan anak-anak boleh lakukan adalah;

Di luar rumah (Outdoor).

1. Berkebun.

Pada zaman sekarang, majoriti ahli keluarga menetap di kawasan perumahan yang tiada halaman untuk berkebun. Usah khuatir, beli alatan dan bahan-bahan untuk berkebun di luar halaman rumah seperti pasu, tanah, dan biji benih. Aktiviti sebegini membuatkan anak-anak menjadi lebih sabar untuk menunggu tanaman tersebut mula bercambah. Beli tanaman yang mudah dijaga oleh anak-anak seperti sayuran dan bunga.

2. Basuh kereta.

Sekali-sekala lakukan aktiviti membasuh kereta dengan anak-anak. Janganlah asyik hantar ke car wash sahaja. Beri pengalaman untuk anak-anak disamping dapat mengeluarkan peluh.

3. Berenang.

Aktiviti ini bukan sahaja membuat anak-anak lebih produktif, bahkan untuk keselamatan pada masa hadapan. Jadikan berenang untuk aktiviti yang perlu untuk anak-anak belajar supaya mereka ada kemahiran tambahan.

4. Gotong-royong membersihkan rumah.

Jangan suruh anak perempuan sahaja mengemas rumah, ajak anak lelaki anda lakukan aktiviti ini bersama-sama. Tiada kompromi. Ini kerana aktiviti sebegini dapat melatih anak-anak untuk menjadi individu yang rajin dan berguna untuk masa hadapan. Jika mereka sudah biasa lakukan sejak dari kecil, pasti mereka tidak akan merungut melakukannya ketika dewasa.

5. Bersukan seperti bermain bola, basikal atau badminton.

Aktiviti sukan ini bukan sahaja untuk kesihatan, malah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak. Didik anak untuk bersukan sejak dari kecil supaya mereka tidak ralat atau tidak mengadap telefon bimbit sahaja. Jika anda rajin bersukan, anak-anak juga akan mengikuti jejak langkah anda.

Di dalam rumah (Indoor).

BOLA POM POM.

Bola pom pom yang dijual di pasaran terdiri daripada pelbagai saiz dan warna. Pastikan anda sentiasa memantau anak-anak ketika bermain dengan bola pom pom ini. Tekstur bola pom pom dapat merangsang deria penglihatan dan deria sentuhan anak-anak. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan bola pom pom ini adalah :

  • Memasukkan bola pom pom ke dalam botol.
  • Mengasingkan bola pom pom mengikut saiz.
  • Mengasingkan bola pom pom mengikut warna.
  • Mengira bola pompom mengikut nombor pada kad.
  • Menyusun bola pompom di atas ‘pattern’ yang dilukis pada kertas.
  • Menghasilkan kraf dengan menampal bola pom pom pada kertas bergambar.
  • Memasukkan bola pom pom ke dalam botol untuk dijadikan ‘sensory bottle’ (sesuai untuk bayi).
  • Bermain ‘pom pom drop’ iaitu menjatuhkan bola pom pom dari atas ke bawah melalui botol / ‘tissue roll’.
  • Bermain ‘pom pom race’ iaitu berlumba meniup bola pom pom menggunakan straw ke garisan penamat.
  • Memasukkan bola pompom ke dalam bekas yang diisi beras atau pasir untuk ‘sensory play’ atau ‘messy play’ atau ‘treasure hunt’.
  • Memasukkan bola pompom ke dalam air dan gunakan senduk untuk mengaut keluar bola pom pom tersebut daripada air.

RIBEN.

Riben yang pelbagai saiz, tekstur, corak dan berwarna-warna semestinya dapat menarik perhatian si manja untuk bermain dengannya, bukan? Berikut merupakan cadangan aktiviti yang menggunakan riben untuk bermain bersama si manja;

  • Belajar mengikat riben.
  • Aktiviti ‘lacing’ / ‘threading’.
  • Digunakan untuk membuat kraf bersama anak-anak.
  • Belajar mengira dengan menggunakan potongan riben.
  • Menyusun riben dengan kepanjangan berbeza untuk belajar tentang saiz.
  • Belajar mengikat pelbagai jenis ikatan seperti tocang rambut dan lain-lain.
  • Mengikat riben pada kotak, ‘ring’ atau ‘tissue roll’, biarkan riben-riben itu terurai di hadapan bayi dan dan biarkan bayi bermain dengan riben itu ketika mereka baring atau meniarap.

Selamat Mencuba dan Selamat Bercuti!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen