Cara-Cara Ibu Bapa Untuk Mendidik Anak Cemerlang.

Setiap pasangan ibu bapa pasti mahu memiliki anak yang sihat, cergas, bijak dan cemerlang dalam pelajaran. Tumbesaran anak-anak perlu dijaga dengan rapi sejak dari kecil lagi supaya anak-anak dapat membesar dengan baik dan positif.

Jadi, cara untuk ibu bapa boleh mendidik anak menjadi cemerlang adalah seperti berikut;

1. Menyediakan makanan yang sihat.

Bukan sahaja untuk orang dewasa memerlukan makanan yang sihat, bahkan anak-anak kecil juga perlu mendapat penjagaan makanan yang sihat dari ibu bapanya. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbang iaitu makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat.

Ibu bapa juga digalakkan untuk makan di rumah kerana makanan di luar, khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan yang makanannya biasa digoreng dengan penuh minyak.

2. Melakukan Aktiviti Beriadah Dan Bersenam Bersama Anak-Anak.

Jika si ibu sering menjaga pemakanan dan bersenam keseorangan, pada masa inilah anda boleh mengajak anak-anak untuk menemani anda. Amalkan aktiviti bersenam dan bersukan ini bersama anak-anak sejak dari kecil, supaya mereka tahu kesihatan badan itu penting untuk dijaga. Aktiviti ini bukan sahaja menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak akan menjadi lebih erat.

Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin badan. Kesannya, anak-anak mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit.

Aktiviti senaman perlulah dilakukan sekurang-kurannya 20 minit sehari dan tiga kali seminggu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senamrobik, berjoging, berbasikal, berenang serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa yang bekerja, senaman ini boleh dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa pulang dari kerja.

Untuk cadangan aktiviti senaman yang sihat dan masa yang di cadangkan adalah adalah :

  • Senamrobik: 15 minit
  • Berjogging : 30 minit
  • Berbasikal: 30 minit


3. Sentiasa Ambil Tahu Tahap Kesihatan Anak.

Ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun.

Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana mampu mengesan sesuatu penyakit ketika masih di peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

4. Pergi Melancong Bersama-Sama.

Melancong juga mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dengan melancong kaum keluarga dapat beramah mesra dan bersenda gurau sambil berhibur. Ibu bapa yang sibuk bekerja serta anak-anak yang sibuk dengan urusan pelajaran dapat bertemu dan bersatu serta mengukuhkan hubungan yang kian longgar.

Dengan melancong juga kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Anak- anak terhindar daripada melakukan perkara negatif terutama pada waktu cuti sekolah seperti bercampur gaul dengan remaja yang rosak akhlak.Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana sepanjang waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama mereka.

5. Menunjuk Teladan Yang Baik Terhadap Anak Anak.

Ibu bapa juga haruslah menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka. Kegiatan serta aktiviti yang kurang sihat seperti merokok dan meminum arak haruslah tidak diamalkan. Hal ini demikian kerana perbuatan tidak sihat yang diamalkan oleh ibu bapa yang tidak bertanggungjawab boleh menjadi ikutan anak-anak mereka.

Jadi ibu bapa boleh dianggap sebagai role model dalam keluarga kepada anak-anak.Fikirkanlah dengan lebih awal jika tidak mahu anak anak kita ke arah yang tidak baik “bak kata pepatah sebelum nasi sudah menjadi bubur”.

Kesimpulannya para ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan gaya hidup yang sihat di kalangan anak-anak mereka. Anak-anak yang sihat mampu dilahirkan jika gaya hidup sihat menjadi pegangan hidup setiap keluarga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen