Tips Untuk Mengenali Bakal Menantu Melalui Cara Bersalaman.

Sebagai seorang ibu atau bapa pasti teruja apabila anak membawa balik bakal menantu untuk dikenalkan. “Tidak lama lagi bermenantu la kita ya bang….” Kata-kata yang menunjukkan si ibu melonjak kegembiraan kerana ibu lah insan yang paling mengambil berat tentang anaknya. Ibu bapa yang mana tidak mahu melihat anaknya bahagia dan ke jinjang pelamin, kan?

Akan tetapi, first impression itu orang kata penting.  Silap langkah sahaja, pasti bakal ibu mertua reject. Namun sedemikian, adakah para ibu beranggapan sebegini? Kebiasaannya, para ibu bapa ini ada caranya tersendiri untuk mengenali bakal anak menantunya. ‘Biasalah orang lama’ pasti banyak perkara yang mereka tahu.

Antara cara ibu mertua mengenali bakal anak menantunya adalah melalui cara bersalaman. Bagaimana untuk mengenali seseorang melalui bersalaman? Jom lihat….

1. Tapak Tangan Berpeluh.

Jika tangannya berpeluh-peluh, itu menandakan dia sedang berasa gementar dan cemas. Biasalah, kali pertama berjumpa dengan bakal ibu dan bapa mertua, kan? Siapa sahaja tak cemas.

2. Tangan Kaku.

Cara salaman ini kaku, lemah dan seperti tiada tindak balas. Ia dipanggil sebagai ‘Dead Fish Handshake’ kerana anda seperti bersalaman dengan ikan yang sudah mati. Apabila kita menghulurkan tangan untuk bersalaman, janganlah kaku sahaja, berikan sedikit cengkaman yang menandakan anda sangat menerima seseorang tersebut dalam hidup anda.

Kalau buat macam ni terhadap keluarga mertua, takut nanti mereka fikir anda tak ikhlas pula.

3. Si Penolak.

Jika bakal menantu bersalaman dengan cara begini, ia bermaksud dan menandakan sebenarnya dia bukan seorang yang mudah untuk menerima orang luar hadir dalam hidupnya. Berkemungkinan pertama kali berjumpa, dan berasa sedikit gementar. Caranya bersalaman seolah-olah cuba berundur ke belakang dan memanjangkan lengannya, seperti mengelak.

Berikan dia masa dan ruang untuk bertenang.

4. “Penyepit Udang Kara”.

Cara dia bersalaman seperti mencengkam penuh tangan anda kemudian memutarkan tangan anda agar tangan di sebelah berada di atas saat berjabat. Cara salam ini bermaksud dia adalah seorang yang gah, hebat seolah-olah boleh mengawal semua orang. Dia juga kelihatan seperti leader.

5. “Bone Crusher”.

Cara salaman ini adalah apabila si dia bersalaman dengan cengkaman yang kuat bagaikan mahu patah tulang-tulang tangan. Orang pada zaman dahulu cakap, orang sebegini adalah tanda orang yang alim, rajin solat dan seumpama dengannya. Namun, ia masih samar. Wallahua’lam.

Selain daripada itu, individu sebegini seperti suka menakutkan orang disekelilingnya dengan cengkaman yang kuat itu.

6. Salam Jari.

Ada juga sebilangan daripada kita yang bersalaman dengan cara begini, iaitu mencengkam hujung bahagian 4 jari sahaja. Situasi ini menunjukkan bahawa si dia sebenarnya takut, bukan gementar atau cemas tetapi takut dan khuatir. Si dia juga sebenarnya berasa seperti tidak selamat.

Kenapa ya? Mungkin bakal ibu bapa mertuanya garang seperti singa?

7. Salam Kaut.

Berjabat tangan dengan cara kedua-dua tangan menyambut tangan si lawan ini biasa kita lihat dalam kalangan pengamal politik. Ia menandakan seseorang itu lebih mesra, mudah didekati, peramah, ikhlas serta boleh dipercayai. Namun, jika tangannya tidak kekal di atas tangan anda malahan yang sebelah lagi pula memegang sama ada lengan, bahagian lengan atau siku, dia sebenarnya cuba ‘mengambil’ sesuatu.

Bakal menantu anda yang mana satu?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen