“Malu Nak Jumpa Ibu Mertua Sebab Tumit Pecah…” Jom Ikuti Tips Ini.

Sebagai kaum wanita, kebersihan adalah menjadi keutamaan dalam rutin harian anda termasuklah bau tapak kaki dan tumit yang pecah. Isu ini adalah hal penting kerana dari situ sahaja orang-orang yang lebih tua dapat melihat cara anda menjaga diri anda sendiri. Jangan ingat hanya kerana hal kecik ini ibu mertua akan cepat memaafkan anda, kerana ada sahaja yang tidak berpuas hati dengan perkara ini sahaja.

Jadi, sebagai kaum wanita yang mahu menamatkan zaman bujang dan berjumpa dengan bakal ibu mertua, perlu persiapkan diri dari segi kebersihan diri supaya ibu mertua yakin anda boleh menjaga anaknya kelak.

Tumit pecah atau kering ini sebenarnya tubuh badan anda yang dehidrasi iaitu kekurangan air yang tidak mampu memberi kelembapan pada kulit. Malahan, ia tidak dijaga dengan rapi kerana ramai yang seolah-olah mengambil ringan tentang hal ini. Jadi, jom ikuti tips ini untuk mencegah tumit kering…

1. Pakai pelembap.

Setelah mandi atau merendam kaki, segera oleskan pelembap ke tumit untuk tetap menjaga kelembapan kulit kaki Anda. Gunakan pelembap dalam bentuk krim atau minyak (ointment) kerana ia lebih efektif daripada lotion.

Bagi anda yang memiliki kulit kering, menurut kajian dari American Academy of Dermatology (AAD), menyarankan anda untuk mengoleskan krim pelembap yang mengandung minyak atau shea butter. Selain itu, AAD juga menyarankan untuk memilih pelembap yang mengandung bahan-bahan berikut untuk menenangkan kulit kering.

  • Lactic acid.
  • Urea.
  • Hyaluronic acid.
  • Gliserin.
  • Dimetikon.
  • Lanolin.
  • Petroleum jelly.
  • Minyak mineral (mineral oil).

2. Elak produk yang memberi kesan iritasi.

Hindari penggunaan sabun atau produk perawatan kulit yang keras dan wangi. Meskipun penting untuk menjaga agar tumit tetap bersih, lembap, dan bebas dari infeksi, sabun yang berbahan keras dapat membuat kulit menjadi lebih kering.

Produk yang berbahan ringan lebih efektif untuk menjaga kelembapan pada kulit tumit. Selain itu, produk rawatan kulit yang mengandung wangian, alkohol, retinoid, atau asid alfa hidroksi boleh jadi terlalu keras dan membuat kulit menjadi kering dan sensitif.

3. Pakai kasut yang bersesuaian.

Pakailah kasut atau sandal dengan tumit tertutup untuk mencegah kulit retak di bagian belakang kaki. Kasut dengan tumit tertutup dan bantalan empuk akan memberi perlindungan pada tumit anda. Selain itu, pakai kasut yang bersesuaian dengan size kaki anda.

Anda juga digalakkan memakai stoking supaya tumit tidak kering apabila bergesekan dengan tapak kasut tersebut. Jika anda tidak memakai stoking, khuatir bahan kimia pada kasut tersebut menyerap segala kekeringan pada kulit kaki anda yang akan menyebabkan tumit kering dan sukar untuk bernafas.

4. Gosok tumit dengan batu apung.

Gunakan batu apung untuk menggosok tumit anda setelah mandi. Lakukan beberapa kali seminggu untuk membantu mencegah penebalan kulit. Selain daripada itu, anda juga boleh mencari scrub badan yang dapat membantu untuk melembapkan kulit kaki anda juga.

Jika anda amalkan dari tips ini, pasti tumit kaki anda tidak merekah dan kering lagi. Selamat mencuba dan selamat bertemu dengan ibu mertua!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen