5 Jenis Pembaziran Yang Sering Anda Lakukan, Tanpa Anda Sedar.

Dalam menguruskan hal kewangan ini, pasti majoriti daripada kita tidak sedar kemanakah wang itu telah dikeluarkan atau disalurkan. Jom lihat antara 5 pembaziran yang anda sering lakukan secara tidak sedar;

1. Membeli barangan dapur dalam kuantiti kecil.

Jika anda sering makan  bahan makanan seperti jem, mentega dan minyak masak, ia lebih menjimatkan jika anda beli dalam kuantiti yang besar ataupun pukal. Elakkan dari  kerap berulang-alik ke kedai untuk membeli barang tersebut.

Kebiasaannya barang yang dijual secara pukal adalah 50% lebih murah. Pasaraya akan menetapkan harga barang dalam kuantiti yang besar lebih rendah berbanding harga barang seunit. Anda boleh berjimat sehingga 18% untuk perbelanjaan barang dapur anda.

Contohnya, harga satu paket Milo 1kg ialah RM19.99, manakala untuk 2kg pula ialah RM29.99. Ini bermakna anda boleh jimat sekitar 33% jika membeli paket 2kg. Daripada anda membeli 2 paket 1kg, pilih paket yang lebih besar untuk menjimatkan wang bagi barangan dan makanan yang kerap anda guna dan makan.

2. Insurans perjalanan pada saat akhir.

Rakyat Malaysia dan sikap melakukan sesuatu pada saat akhir mungkin sukar untuk dipisahkan. Hati-hati kerana sikap tersebut akan mendatangkan kos kepada anda.

Dalam kes ini, insurans perjalanan akan memberikan perlindungan bukan sahaja jika anda terlibat dalam kemalangan ketika melancong. Ia juga menawarkan perlindungan jika penerbangan anda tertangguh atau dibatalkan. Tetapi, untuk layak mendapat pampasan tersebut anda perlu mendapatkan perlindungan sebelum melancong.

Sebagai contoh, anda mendapatkan perlindungan insurans perjalanan hari ini. Kemudian, jika tiket perjalanan anda dibatalkan 2 minggu kemudian atas sebab bencana alam, anda boleh mendapatkan tuntutan. Tetapi, jika anda bertangguh dan situasi yang sama berlaku, wang anda tidak akan dikembalikan.

Ingat, sebahagian dari premium insuran perjalanan yang anda bayar bertujuan untuk menawarkan perlindungan kewangan sekiranya penerbangan dibatalkan, bukan sahaja sewaktu anda melancong. Jadi, kami nasihatkan anda dapatkan perlindungan insurans sebelum melancong. Jika anda kerap melancong, dapatkan pelan tahunan yang mungkin menawarkan bayaran premium yang lebih menjimatkan.

3. Membeli Suplemen Kesihatan.

Semakin ramai rakyat Malaysia kini mengambil berat tentang kesihatan, terutamanya dengan kos perubatan yang semakin mahal. Tetapi, dalam proses tersebut, boleh berlaku situasi dimana pembaziran berlaku kerana terlalu banyak jenis supplemen kesihatan yang dibeli.

Tahukah anda, jika anda terlebih mengambil suplemen kesihatan, terutamanya vitamin, badan anda sebenarnya tidak dapat memproses dan kesan buruk boleh berlaku? Ini kerana tubuh kita hanya mampu memproses dan menyerap vitamin pada dos yang tertentu, dan akan menolak apa yang berlebihan.

Jadi, ambil suplemen kesihatan secara berpada-pada. Anda boleh jimat lebih wang jika anda dapatkan nutrisi dari sumber asal seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

4. Minuman mahal.

Sedarkah anda, ketika anda dirumah, biasanya anda lebih kerap minum air kosong, berbanding minuman seperti teh, kopi, dan lain-lain? Tetapi, mengapa jika anda makan di restoran, minuman manis yang anda pilih? Bukan sahaja ia kurang baik untuk kesihatan, dalam jangka panjang harganya akan menjadi lebih mahal.

Secara purata, segelas teh-o-ais mungkin berharga RM2.80 jika dibandingkan dengan air kosong yang dihidangkan secara percuma di sesetengah restoran. Walaupun di kedai makan yang mengenakan caj untuk air kosong, kosnya mungkin tidak mencecah RM1.00. Ini kecuali jika anda membeli air mineral didalam botol yang boleh mencecah hingga RM2.00. Untuk kesihatan dan penjimatan, pilih air kosong apabila anda makan di luar.

5. Pakej TV satelit.

Kos melanggan pakej TV satelit seperti Astro boleh mencecah RM150 sebulan, bergantung kepada jenis pakej. Sejujurnya, adakah ia bebaloi? Adakah anda menonton semua siaran dalam pakej tersebut? Biasanya, rakyat Malaysia memilih untuk melanggan pakej dengan pelbagai siaran kerana merreka beranggapan ia lebih menguntungkan.

Namun, ini hanya benar jika anda menonton semua siaran tersebut. Contohnya, jika anda hanya kerap menonton siaran filem sahaja, pakej penstriman adalah lebih sesuai. Sebagai contoh, pelan Netflix bermula dari serendah RM33 sebulan dengan akses ke siri TV dan filem tanpa had. Anda juga tidak terikat dengan kontrak dan bolehbatalkan pelan tersebut bila-bila masa.

Sebelum melanggan pakej TV satelit, pastikan anda bakal menonton semua siaran tersebut. Jika tidak, pakej seperti Netflix, iFlix, atau Tonton sesuai untuk anda dengan harga yang lebih murah. Anda boleh jimat sehingga RM1800 setahun jika anda tidak melanggan pakej TV satelit.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen