Rukun Solat Dan Perkara Yang Membatalkannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang sudah pasti mahu menunaikan solat dengan khusyuknya. Di mana dirinya tidak mudah hilang tumpuan ketika sedang berjumpa dengan Allah swt. Bahkan setiap orang juga mempunyai pengetahuan terhadap solat ini. Mari kita imbas sedikit rukun-rukun solat serta perkara-perkara yang membatalkannya.



Sebagai umat Islam, solat itu adalah perkara yang dilakukan dalam sehari-hari kita. Ia juga merupakan tiang agama umat Islam. Ia juga merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam.

Rukun solat ada 13 seperti:

1. Berdiri tegak.


2. Niat.


3. Takbiratul ihram iaitu dengan lafaz.


4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.


5. Rukuk dengan tama’ninah.


6. Iktidal dengan tama’ninah.


7. Sujud dua kali dengan tama’ninah.


8. Duduk antara dua sujud dengan tama’ninah.


9. Duduk tasyahud/tahiyat akhir dengan tama’ninah.


10. Membaca tasyahud/tahiyat akhir.


11. Membaca selawat ke atas nabi Muhammad SAW pada tasyahud/tahiyat akhir.


12. Memberi salam yang pertama.


13. Tertib iaitu mengerjakan solat mengikut turutan.




Namun di dalam solat juga ada beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan kerana ia akan membatalkan solat kita. Jadi mari imbas semual perkara yang membatalkan solat.

Perkara membatalkan solat.

1. Berkata-kata dengan sengaja.


Berkata-kata dengan sengaja yang selain daripada al-quran, zikir atau doa dua huruf dan ke atas walau tidak difahami, atau satu huruf yang difahami maknanya.

2. Menambah atau mengurangkan perbuatan rukun solat.

Membuat beberapa perbuatan yang pada urufnya (adatnya) tidak disuruh melakukannya dalam solat.


3. Kedatangan hadas.


Sama ada hadas kecil atau hadas besar.


4. Najis yang tidak dapat dimaafkan.


Kedatangan najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan dan pakaian. 
Sekiranya jatuh najis yang kering pada pakaian dan boleh dibuang pada masa itu juga, maka tidaklah batal solat. Tetapi najis itu tidak boleh disentuh dengan tangan.

5. Terbuka aurat.


Terbuka aurat walaupun tidak dengan sengaja seperti ditiup angin tetapi sekiranya boleh ditutup sekejap itu juga, maka tidaklah terbatal.


6. Membelakangkan kiblat dengan dadanya.


7. Mengubat niat.


Umpamanya ia solat fardu zohor kemudian ditukar niatnya kepada solat sunat zohor maka batal solatnya. 
Tetapi kalau berniat sunat mutlak tidaklah batal.

8. Makan walaupun sedikit.


Seperti menelan sebiji nasi di dalam mulutnya kecuali dia terlupa.


9. Minum.


Seperti menelan air liur yang masih lagi terasa manisnya.


10. Mengeluarkan suara selain bacaan dalam solat.


Seperti ketawa sehingga terkeluar suara yang mengandungi dua huruf, begitu juga menangis.


11. Murtad iaitu keluar daripada agama Islam.


Semoga ia membantu kita untuk mendapatkan solat yang khusyuk serta dapat mengelakkan perkara yang membatalkan solat.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen