Kenapa Seorang Bapa Sukar Menunjukkan Perasaan Kasih Sayang Pada Anaknya?

Sering kita mendengar dan lihat bahawa seorang lelaki yang telah bergelar bapa pasti sukar untuk menunjukkan perasaan cinta dan kasih sayang pada anak-anaknya. Situasi sebegini kaum wanita yang lebih dominan dalam mengekspresikan perasaan cinta dan sayang pada anak-anak, kerana itu memang lumrah seorang wanita.

Bukan sahaja dalam perhubungan percintaan kaum lelaki sukar untuk mengekspresikan rasa cinta pada pasangan, bahkan dalam hubungan kekeluargaan juga lelaki sering bertindak sebegitu. Kaum lelaki lebih mengutamakan tindakan dan perbuatan daripada mimik wajah dan kata-kata.

Ayah…

Sukar untuk menunjukkan perasaan kasih sayang secara terbuka…

Namun dalam diam, siapa yang sangka, ayah lah yang banyak berkorban untuk menstabilkan hubungan kekeluargaan….

Ayah yang banyak berdiam diri dan berfikir bagaimana untuk melindungi keluarganya…

Tidak ramai anak-anak dapat melihat sifat ayah yang lebih tertutup kerana sifat ibu yang lebih terbuka dalam mengekspresikan rasa kasih sayangnya…

Pasti antara kita tertanya-tanya kenapa seorang bapa sukar untuk menunjukkan perasaan kasih sayang kepada anak-anaknya, lebih-lebih lagi secara terbuka?

Ini kerana;

1. Untuk mengekalkan sifat tegas pada anak-anak.

Secara lumrahnya kita semua tahu bahawa lelaki lebih sedikit ego dari kaum wanita, jadi secara tidak langsung ia memberi kesan juga pada hubungan anak-anak. Bukan niat seorang bapa untuk bertindak ego pada anak-anak, cuma ia untuk mengekalkan sifat sebagai seorang bapa iaitu tegas dan garang, supaya anak-anak lebih mendengar kata.

Malahan ia juga untuk mengekalkan sifat seorang bapa sebagai pemimpin keluarga.

Tips keluarga: Namun, jangan salah gunakan kuasa sehingga anak-anak takut pada bapanya. Ingat, jadilah pemimpin keluarga yang dihormati bukan pemimpin yang ditakuti.

2. Untuk mengekalkan sifatnya mengekspresi melalui tindakan sahaja.

Bukan seorang bapa itu tidak sayang pada anaknya akan tetapi seorang lelaki secara lahiriahnya kurang menunjukkan rasa sayang seperti kaum wanita. Seorang ibu sering memeluk anaknya, mengusap rambut, mencium pipi, memegang erat tangan anaknya dan mengungkapkan kata cinta. Namun, kaum lelaki melakukan sebaliknya seperti sumbangan yang lebih meluas dan abstrak dimana anak-anak sukar melihat;

  • Menjaga pergaulan bebas anak-anak, serta menjaga aurat anak perempuan.
  • Menjaga pendidikan anak-anak dengan melihat pencapaian akademik.
  • Memberi ketenangan pada rumah, supaya isteri dan anak-anak berasa nyaman.
  • Melindungi anak-anak dengan melihat dari jauh.
  • Berdoa kesejahteraan pada Allah SWT.

3. Untuk seimbangkan didikan antara ibu dan bapa.

Jika kedua ibu bapa mendidik anak-anak dengan kaedah yang sama maka ia tidak seimbang dalam hubungan kekeluargaan. Seorang ibu lebih kepada empati dan lembut kaedahnya, jadi seorang ayah perlulah lebih tegas dalam menegakkan keadilan, kesaksamaan dan tanggung jawab yang berlandaskan syariat.

Seorang bapa juga berperanan dalam mendidik anak-anak dengan kaedah yang lebih sistematik. Oleh kerana itu, sekiranya anak-anak dapat diluangkan masa dengan bapanya, mereka menjadi lebih kreatif dan berpandangan jauh.

Jika dalam hubungan perkahwinan, suami dan isteri adalah melengkapi antara satu sama lain maka anak-anaknya kelak akan hidup dalam keluarga yang harmoni dan bahagia kerana kesimbangan itu. Kesimpulannya, anak-anak bukan hanya memerlukan kasih sayang daripada ibu sahaja, malah dari seorang bapa juga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen