Miliki Kulit Putih Mulus Dengan Hanya Menggunakan Beras Pulut.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita mana yang tidak mahu kulitnya kelihatan putih, cerah dan bersih bukan? Walaupun kebanyakan di antara kita ini memiliki kulit sawo matang, memiliki kulit yang sedikit cerah dan bersih pasti menjadi idaman. Berlainan pula dengan orang Thailand, walaupun mereka ini hanya berjiran sahaja dengan negara kita, namun mereka ini mempunyai kulit putih dan cerah. Agak-agaknya apa rahsia mereka ini?

Mereka ini dikatakan telah mengamalkan penggunaan beras pulut sebagai rutin harian dalam penjagaan kulit mereka. Ternyata, banyak faedah yang dapat diperolehi dari pengamalan beras pulut baik sebagai makanan mahupun sebagai bahan yang dimanfaatkan dalam kecantikan seharian. Ini yang perlu kamu tahu tentang beras pulut.



Amino Asid dan Vitamin yang terkandung dalam beras pulut sebenarnya menjadikan ia sebagai agen pencerahan terbaik untuk kulit. Sememangnya ia mampu mencerahkan kulit baik diamalkan secara memakannya atau menggunakan beras sebagai masker dan skrub.

Skrub Beras Pulut.


Jika tak mampu makan puluthari-hari gunakan resipi di bawah untuk membuat masker beras pulut. Boleh amalkan petua skrub muka ini seminggu sekali:-


                        

Bahan-Bahan: 4 sudu besar beras pulut, 2 sudu besar putik bunga ros (rose bud), 1 sudu besar susu tepung dan sedikit air mawar.


                        


Cara-Caranya:

1. Kisar kering semua satu persatu. Kisar sampai jadi halus.


2. Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.


3. Kemudian baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.


4. Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.


5. Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.


6. Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulurkan dahulu sebentar.


7. Sental kulit muka dengan perlahan-lahan.


8. Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.


Setelah dah cuba baru anda akan tahu hasilnya. Gabungan beras pulut dan rose bud ini buat muka jadi lebih cerah dan gebu. Malah ia juga boleh menghilangkan parut-parut jerawat serta menghaluskan lagi kulit anda. Jadi rugi kalau tak cuba!

Rose bud mengandungi dua kali Vitamin C berbanding buah oren. Susu tepung pula bagi kesan cerah dan lembap. Lakukan rawatan ini dua tiga kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.


Beras Pulut Sebagai Bedak.


                       

Bedak beras pulut boleh gantikan bedak berjenama yang kamu guna hari-hari tu. Rahsianya, campur dua bahagian tepung beras dengan satu bahagian tepung jagung dan simpannya di dalam bekas kedap udara.. Siap! Bedak ini berupaya menyerap minyak muka dengan baik bahkan berupa agen senang disapi ke permukaan kulit. Boleh guna berus berbulu tebal seperti “Kabuki Brush”.


Selamat mencuba.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen