Bagaimana Untuk Menetapkan Bajet Untuk Majlis Perkahwinan? Jom Baca.

Setiap pasangan yang mahu ke jinjang pelamin pasti ada sahaja masalah kewangan untuk menampung bajet majlis perkahwinan yang semakin menggila sekarang ini.

Bajet majlis perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan bajet atau kos kenduri makan minum, tetapi turut melibatkan kos wang hantaran, barang hantaran, pakaian pengantin, pelamin dan juga perkara-perkara lain berkaitan persiapan majlis perkahwinan.

Semua serba-serbi kelengkapan dan perkara berkaitan majlis perkahwinan melibatkan kos yang boleh memeningkan kepala bakal pengantin.

BERAPA BAJET YANG DIPERLUKAN BAGI SEBUAH MAJLIS PERKAHWINAN?

Bajet sebuah majlis perkahwinan boleh jadi berbeza-beza bergantung kepada banyak faktor.

Namun, mengikut kajian yang dilakukan Association of Wedding Professionals (AWP) Malaysia yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan pada tahun 2013, purata bajet majlis perkahwinan adalah sekitar RM 50,000.

kurangkan bajet majlis perkahwinan

Ini adalah bajet purata pada tahun 2013, iaitu sekitar 4 tahun dahulu. Sebelum GST.

Jika dinilaikan pada tahun sekarang, purata bajet majlis perkahwinan sudah tentu lebih tinggi. Memang logiklah ramai yang terpaksa menangguhkan hasrat berkahwin sebab nak kumpul modal terlebih dahulu.

Ada juga yang terpaksa meminjam duit dan membuat pinjaman peribadi semata-mata nak melangsungkan perkahwinan dengan segera. Satu situasi yang tidak sihat untuk kewangan sendiri, sebenarnya. Jadi raja sehari, tetapi hamba bank bertahun-tahun.

Jadi, bagaimana cara nak kurangkan bajet persediaan majlis perkahwinan agar tidak terbeban dengannya?

TETAPKAN PERBELANJAAN YANG PENTING DAHULU.

Sebagai contoh dengan berpandukan gambar di atas, daripada bajet purata RM 50,000 yang dinyatakan, jom kita lihat nilai bagi setiap pecahan:

  • Resepsi (majlis kenduri, lokasi majlis, kek) = 42% (RM 21,000)
  • Fotografi & videografi = 13% (RM 6,500)
  • Pelamin, bunga & dekorasi = 10% (RM 5,000)
  • Baju pengantin, aksesori, solekan = 10% (RM 5,000)
  • Hiburan (DJ, lagu, PA sistem) = 6% (RM 3,000)
  • Majlis akad nikah = 6% (RM 3,000)
  • Jemputan (kad jemputan kahwin, setem, bunting, banner) = 3% (RM 1,500)
  • Perbelanjaan-perbelanjaan lain (goodies, door gift, barang hantaran) = 10% (RM 5,000)

Kalau berkemampuan, memang tidak menjadi masalah untuk menampung semua perbelanjaan kahwin di atas. Jika tidak berkemampuan, anda boleh cut cost pada mana-mana perbelanjaan yang anda fikirkan tidak perlu dalam majlis anda nanti.

BUAT BAJET DAN CUBA PATUHINYA.

Apabila sudah berbincang dengan keluarga dan pasangan, sediakan bajet majlis perkahwinan sendiri. Senaraikan semua perkara yang diperlukan berserta anggaran kos. Buat column kos anggaran dan sebenar untuk memudahkan pemantauan, contohnya seperti ini:

kurangkan bajet majlis perkahwinan

Patuhi bajet yang dibuat ini, dan pastikan kos sebenar tidak jauh beza dengan kos anggaran. Setiap kali keluarkan duit untuk perbelanjaan perkara-perkara yang disenaraikan, catat dan lihat perbezaan dengan anggaran yang ditetapkan.

Dengan cara sebegini, keseluruhan bajet majlis perkahwinan anda nanti tidak akan jauh berbeza dengan kemampuan yang ditetapkan.

Jika anda dan pasangan, mahu kahwin bajet pula, cuba lakukan seperti berikut:

  • Perbanyakkan Do-It-Yourself (D.I.Y.) seperti menggubah barang hantaran, menjahit baju pengantin sendiri, atau design kad jemputan kahwin sendiri.
  • Gabungkan majis kahwin pihak lelaki dan wanita, buat satu majlis sahaja.
  • Sertai kahwin beramai-ramai kerana boleh jimat belanja kos majlis perkahwinan, malah berpeluang untuk mendapat bantuan atau hadiah daripada penganjur lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen