‘Suami Tanggung Isteri Simpan’, Antara Tips Kewangan Yang Patut Wanita Amalkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sering kali kita dengar akan kisah mengenai wanita terutama berkenaan isteri-isteri ini. Kisah yang akan menjadi teladan buat mereka-mereka diluar sana. Jangan terlalu menyayangi suami anda sehinggakan anda turut segala katanya. Bukan diajar untuk menjadi isteri derhaka tapi adalah lebih baik fikir juga mengenai diri sendiri.

Terutama jika ia melibatkan kewangan ini. Jadi wanita ini kena bijak sedikit. Jangan suami suruh pinjam personal loan anda terus sahaja bersetuju, bila teman lelaki nak pinjam duit, terus sahaja anda beri. Ini bukanlah satu perkara yang patut lakukan tanpa berfikir panjang. Adalah lebih baik anda meneliti terlebih dahulu tujuan dan keperluan penggunaan wang tersebut.

Jangan apabila hubungan anda dilanda masalah kewangan, anda yang menanggung akibatnya berseorangan. Ingat bahawa kehidupan berumah tangga ini saling berkongsi, tolak ansur dan sama-sama bertanggungjawab terhadap masalah yang dihadapi.

Sedikit perkongsian pandangan buat wanita-wanita di luar sana dari saudari Ain Hassan, mengenai pengurusan kewangan buat isteri-isteri.



Tips kewangan untuk orang perempuan.

=================================

✔️ Masa berkawan/bertunang boleh dah tanya atau mintak berapa nafkah kewangan bila kawin nanti. Sebab apa? Sebab bila dah kawin, yang faham akan bagi la walau sebulan RM50. Itu je mampu kan. Asalkan perempuan redha dan faham keadaan. Ini tidak yang gaji beribu riban buat dek je kat bini pasal nafkah.

✔️ Orang perempuan jangan sesekali terlalu mudah setuju untuk buat sebarang personal loan bagi memenuhi keinginan suami. Contohnya nak berniaga, nak tukar kereta baru, nak travel. Buat kira-kira dulu. Jangan main ok je. Tau la ko sayang laki.


✔️ Bagus juga orang perempuan ni jadi Menteri Kewangan dalam rumahtangga. Banyak haihh klien-klien aku duit di control isteri. Benda baik kot. Yang ko dok fikir-fikir bini queen control tu dah kenapa? Negatif sangat. Tapi tengok keadaan gak, kalau dah bini ko tu boros elok la suami control duit.

✔️ Tetapkan short term goals & long term goals dalam kewangan keluarga secara bersama. Jangan ada sikap mengurus duit masing-masing. Bila kawin nak bersama-sama bila urusan duit mulalah masing-masing pentingkan diri sendiri.

✔️ Kau tau tak konsep "suami tanggung & isteri simpan"? Ok sila amalkan. Bila duit tabung dah banyak, teringin nak pi travel bukan bini je pi... Pi satu keluarga. Nak pi haji pi berdua. Rukun harmoni rumahtangga tu. Sweet ja.

✔️ Hari ni ramai para wanita terlalu manjakan suami. Mewahkan suami dengan wang. Sehingga suami tu malas dan dah terbiasa dengan kebiasaan. Bila diuji dengan masalah kewangan, start la meroyan.

Plan weh plan.... Belajar la menyayangi suami seadanya. Hormat dan tahu haknya. Bukan membabi buta ja...

Aku bebel-bebel ni bukan apa. Dah banyak isu-isu sekeliling aku perati ja. Kesian kau wanita. Jadilah wanita yang bijak. Bukan wanita yang bodoh dalam kebijakan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen