Bukti Kasih Sayang Anak Yang Sebenar Kepada Ibu Bapanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kasih sayang ibu bapa sememangnya tidak boleh dibandingkan dan diperkatakan lagi. Hal ini kerana, setiap perkara yang mereka korbankan itu adalah tanda kasih sayang yang belum tentu kita juga mempu lakukannya. Sebagai ibu bapa mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk kita, tapi kita bagaimana pula?

Sebagai seorang anak, bagaimana kita menunjukan kasih sayang kita terhadap mereka yang telah berkorban banyak perkara untuk kita? Terutama apabila mereka ini sudah tiada lagi di dunia ini.

Jika mereka masih hidup, mungkin kita akan manjaganya, tunjukkan kasih sayang kita serta tunaikan segala kemahuannya. Tapi selepas mereka tiada, bagaimana kita tunjukkan kasih sayang kita ini.

Ramai orang menyatakan bahawa mereka menyayangi ibu bapa mereka, tapi sebenarnya tidak. Banyak kesilapan yang sering kali dilakukan oleh anak-anak selepas ibu bapa mereka tiada di dunia ini adalah salah satu tanda di mana mereka hanya mengingati bukan menyayangi.



Antara kesilapan sering kali dilakukan:

1. Ada yang hanya menggantung gambar ibu dan bapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar tersebut di dalam dompet.

2. Ada yang suka menyimpan barang yang ditinggalkan oleh ibu dan bapa, dijaga dengan baik serta diwariskan.

3. Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk membersihkan kuburan.

4. Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah dan kenangan bersama arwah.

Sebenarnya, bukan itu yang arwah ibu dan bapa kita mahukan, harapkan dan perlukan, semasa mereka berada di alam barzakh. Ada yang lebih utama dari itu.


Sebagai anak, kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibu dan bapa kita. Di sana, mereka amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka. Yang mereka perlukan adalah;

1. Doa keampunan dan rahmat Allah S.W.T untuk mereka.

2. Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka.

3. Lakukan amal soleh.

4. Sering menyebut atau menceritakan apa sahaja kebaikan ibu dan bapa.

5. Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibu dan bapa.

Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh, segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi. Hilang sudah senda gurau, gelak tawa dan perhiasan indah serta harta dunia.

“….. yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim….”

Ingatlah, hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan dari anak kita. Wallahua’lam.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen