Bakal Pengantin Perlu Ingat 7 Pesanan Tentang ‘Parenting’ Ini.

Setiap pasangan yang mahu berkahwin wajib tahu tentang ilmu kekeluargaan atau ‘parenting’ supaya mudah untuk menguruskan rumah tangga kelak. Secara teorinya, ilmu ‘parenting’ bukan sekadar untuk dibaca sahaja, pasangan suami isteri haruslah praktikkan bersama-sama supaya dapat lihat hasilnya.

Jika baca sahaja, tetapi tidak praktikkan, pasti tidak dapat melihat perubahan yang berlaku. Jadi, bakal pengantin perlu bersedia dan ingat pesanan ini;

1. Rumah Tangga Sebagai Prioriti.

Ingat! Alam perkahwinan tidak lagi sama seperti zaman bujang anda. Rumah tangga adalah prioriti anda sekarang dimana anda dengan pasangan perlu sentiasa meluangkan masa bersama walaupun ada anak nanti. Tidak semestinya dating dengan meninggalkan anak, sentiasa berkomunikasi tentang hal kerja, hobi masing-masing, malah tentang keluarga mertua.

2. Bersedia Dengan Perubahan Pasangan.

Seperti point yang pertama, anda tidak boleh samakan zaman bujang dengan alam rumah tangga. Keadaan dan persekitaran akan bertukar, jadi anda berdua perlu boleh adaptasi dengan keadaan baru ini. Setiap fasa dalam perkahwinan akan berubah, begitu juga dengan sikap pasangan. Tidak semuanya sempurna. Bersiap sedia dengan perubahan ini.

3. Berbincang Awal Tentang Penjagaan Bayi.

Anda dengan pasangan seharusnya berbincang tentang perancangan hamil dan penjagaan bayi kelak walaupun masih belum menimang cahaya mata. Ini kerana anda berdua memiliki kerjaya masing-masing, jadi anda berdua harus tahu siapa yang akan menjaganya kelak, perbelanjaan bayi, keperluan yang wajib dibeli dan seumpama dengannya.

Ketika inilah anda perlu menimba ilmu dari orang yang lebih pakar dan berpengalaman. Sediakan payung sebelum hujan.

4. Perlu Tahu Kaedah Parenting Yang Pelbagai.

Anda dengan pasangan dibesarkan dengan cara yang berbeza oleh ibu bapa masing-masing. Jadi, anda berdua perlu tahu family culture ini supaya tidak menyalahkan kaedah parenting masing-masing. Oleh sebab itu pasangan suami isteri yang saling melengkapi akan menghasilkan budaya kekeluargaan yang seimbang.

5. Perlu Rancang Perbelanjaan Keluarga.

Perbelanjaan keluarga akan semakin bertambah, dengan jumlah anak yang anda miliki. Jadi, anda berdua perlu bijak untuk merancang kewangan dari awal seperti menyimpan duit untuk kecemasan, menyimpan duit untuk tabung anak-anak supaya tidak diusik.

6. Jangan Terlalu Ikut Kata Orang.

Siapa sahaja yang tidak mudah terkesan apabila masyarakat mula membuka mulut;

“Bila nak tambah anak?”

“Anak sorang je?”

Jadi, jangan terlalu mengikut kata orang. Jangan terburu-buru sekiranya anda masih belum peroleh anak. Sekiranya salah satu pasangan menghidap penyakit yang tidak terjangka, berusaha, berdoa dan bertawakal. Malah, jika si isteri terburu-buru untuk hamil, khuatir akan mengalami gangguan emosi dan risiko untuk membahayakan kesihatan.

7. Media Sosial Bukan Kayu Ukur Kebahagiaan.

Bagi bakal pengantin yang muda usianya, usahlah terlalu mengejar kebahagiaan dengan melihat sosial media rakan-rakan. Usah membuat perbandingan kebahagiaan anda dengan mereka, kerana setiap manusia mempunyai dugaan hidup yang berbeza.

Semoga Allah redha dan semoga rumahtangga yang baru dibina ini sentiasa dilimpahi rahmah dan baraqah dari-Nya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen