Tips Untuk Tidak Memboros Dan Membazir Makanan.

Di Malaysia memang terdapat pelbagai makanan/juadah yang dihidangkan, daripada sarapan sehingga makan malam. Belum lagi pada hari perayaan, terdapat banyak makanan yang dijual untuk menjamu mata pelanggan. Sebagai Muslim, membazir dalam makanan adalah amalan syaitan, dan tidak boleh diikut.

“Kesian nasi tu, menangis nanti…”

Antara kata-kata yang sering kita dengar pada zaman kecil terdahulu.  Kita perlu sentiasa beringat sebelum membazir membeli makanan yang tidak perlu, ada insan tidak dapat makan di sesebuah negara.

Sudahlah semua makanan perlu dibuang, malahan di peti sejuk/peti ais terdapat pelbagai makanan dalam tin yangsudah tamat tempoh. Ini adalah satu pembaziran yang tidak elok dicontohi oleh anak-anak. Jadi, untuk tidak memboros dan membazir dalam makanan adalah dengan:

1. Membeli makanan yang perlu sahaja.

Setiap kali anda pergi ke kedai runcit, anda perlu membuat senarai makanan yang anda mahu beli dalam masa seminggu. Dengan senarai yang telah ditulis, kebarangkalian untuk membeli makanan lain sangat tipis, kerana anda akan bajet untuk seminggu tersebut. Jika melebihi bajet sudah tentu anda tidak akan membeli makanan lain dimana berlaku pembaziran.

Sebagai contoh makanan basah seperti ikan, buah-buahan, dan sayur-sayuran. Bahan makanan ini tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana ia akan layu dan rosak. Jadi, tetapkan masa dan bajet supaya tidak terlebih beli makanan.

2. Sentiasa kemas peti ais anda.

Sebagai manusia biasa kita sering terlupa bahan makanan yang masih ada di dapur. Oleh itu, jangan lupa double check sebelum anda membeli makanan lain di kedai runcit. Jangan terus membeli bahan makanan, tanpa periksa di dalam peti ais anda juga. Jika bahan makanan masih belum tamat tempoh, jadi anda tidak perlu membazir membeli makanan yang sama lagi. Keadaan ini juga akan membuatkan peti ais anda menjadi sempit nanti.

Dan jangan lupa, sentiasa mengemas peti ais anda supaya tidak berbau busuk dengan makanan yang sudah tamat tempoh.

Tips: Anda juga boleh melabel tarikh membeli pada setiap makanan dan meletakkan nota ingatan pada luar peti ais.

3. Panaskan semula lebihan makanan.

Apa guna oven di dapur, jika bukan untuk memanaskan lebihan lauk semalam, kan? Kalau ibu anda memiliki periuk Noxxa pun, anda boleh panaskan lauk semalam. Mudah sahaja, tidak lah membazir makanan yang berlebihan.

Image result for periuk novax

4. Sedekah pada jiran.

Jika secara tidak sengaja, anda termasak makanan berlebihan, jangan lupa sedekah pada jiran. Kalau malu dengan jiran pun, sedekah pada kawan-kawan anda yang berdekatan, dan makan bersama. Boleh mengeratkan hubungan silaturrahim.

Semoga Bermanfaat Dan Jangan Ikut Amalan Syaitan!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen