Tips Untuk Membeli Barang Online.

Pada masa kini, membeli barang secara atas talian atau dipanggil online telah menjadi kebiasaan untuk golongan millennial. Terdapat banyak kelebihan apabila membeli barang secara online seperti jimat masa, minyak kereta atau tol, dan boleh membuat review terdahulu. Akan tetapi, disamping kelebihan membeli barang secara online, ramai juga dikalangan kita yang tertipu dengan cara sebegini.

Kenapa ini terjadi? Jom ikuti tips untuk membeli barang seperti di Shopee, Lazada, Zara dan seumpama dengannya.

1. Detail Produk.

Anda perlu tahu detail produk tersebut sebelum menekan butang ‘Buy Now’. Jangan terburu-buru sekiranya gambar yang dipamerkan cantik dan kemas, kerana itulah strategi mereka untuk anda terus membeli. Baca diruangan ‘description’ dan tahu tentang lebar, tinggi, besar atau kecil, sentimeter atau meter, dan sebagainya.

2. Chat dengan penjual untuk tahu cara pengiriman barang.

Anda mempunyai kesempatan untuk berbual dengan seller, walaupun ia mengambil masa. Tetapi paling lambat pun dalam masa 24 jam, sekiranya lebih daripada itu, khuatir itu adalah scammer. Dengan berbual ini juga dapat menunjukkan penjual itu jujur dengan anda tentang cara pengiriman barang.

3. Memilih peniaga atau kedai yang boleh dipercayai.

Bagaimana untuk memilih peniaga atau kedai yang boleh dipercayai? Dengan membaca review pelanggan, melihat rating dan melihat komen pelanggan yang mempunyai gambar. Kadang-kala penjual akan memberi barang yang berlainan dengan gambar. Hati-hati. Oleh kerana itu terdapat ruangan untuk ‘chat’ dengan penjual. Gunakan aplikasi ini dengan cermat.

Selain daripada itu, sekiranya anda membeli barangan online di Instagram, facebook dan seumpama dengannya, pastikan anda tidak menjadi mangsa:

1.Apabila membeli daripada penjual online, anda harus pilih kaedah Cash On Delivery (COD).

Sekiranya penjual tersebut tidak boleh menawarkan kaedah COD oleh kerana lokasinya jauh dari anda, cuba untuk dapatkan wakil dari pihak anda untuk berjumpa dengan penjual untuk dapatkan barangan tersebut. Pembeli seharusnya melihat barangan yang akan dibeli sebelum membuat pembayaran.

2. Lakukan perbandingan supaya anda boleh dapatkan aras harga semasa untuk barang yang anda ingin beli tersebut.

“Apa yang akan membezakan penipuan barangan jualan adalah harga. Harga ialah salah satu perkara utama untuk dilihat.” Jika harga tersebut terlalu murah, kebarangkalian ia merupakan penipuan adalah sangat tinggi!

3. Telefon penjual tersebut.

Sekiranya semua perhubungan dilakukan hanya melalui e-mail atau mesej melalui telefon, dan penjual tersebut mengelak untuk berhubung melalui panggilan telefon, kemungkinan penjual tersebut adalah penipu sangat tinggi. Alasan yang sering diberikan penjual penipu adalah bekerja di luar negara sebagai sebab tidak boleh berhubung melalui panggilan telefon.

4. Sekiranya penjual tersebut menggesa anda untuk segera melakukan pembelian seperti mengatakan terdapat 10 lagi pembeli yang ingin membeli barang tersebut dan anda perlu buat keputusan segera.

Jangan tertipu dengan permainan minda penjual tersebut, “penjual penipu seperti ini bijak dan mereka tahu bagaimana untuk memanipulasi kelemahan pelanggan dan tahu apa yang akan menarik perhatian mereka

PRODUK YANG LAZIM DENGAN PENIPUAN ONLINE

Ambil langkah berjaga-jaga sekiranya anda ingin membeli barangan elektronik, terutamanya gajet sepeti computer riba dan juga telefon bimbit yang sangat terdedah dengan penipuan online. Dengan perlbagai gajet yang dikeluarkan syarikat setiap tahun, ramai penjual penipu yang akan mengambil kesempatan untuk cuba menipu mangsa yang ingin menjadi antara orang terawal memiliki gajet terbaru itu.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen