Rancang Pendidikan Anak Anda Dengan Pelan Simpanan Ini.

Kebiasaanya, insurans sering dikaitkan dengan perlindungan untuk diri, kesihatan, dan banyak lagi, tetapi ada juga insurans yang turut menyertakan pelaburan untuk pendidikan anak anda. Ia kombinasi yang bagus kerana memberikan perlindungan dan juga pelaburan untuk anak anda.

Ada dua jenis insurans pendidikan yang ditawarkan:

Polisi Endowmen:

  • Menggabungkan pelan simpanan dengan perlindungan
  • Berbentuk sertaan (participating) atau tanpa sertaan (non-participating)
  • Bagi pelan tanpa sertaan, pemegang insurans tidak berkongsi keuntungan, tetapi semua faedah insurans tetap dijamin sepenuhnya.
  • Untuk pelan sertaan, hanya sebahagian faedah insurans yang dijamin, dan jumlah penuh faedah pada tempoh matang insurans tidak akan dijamin sepenuhnya kerana ia bergantung kepada prestasi syarikat insurans

Polisi Pelaburan:

  • Menggabungkan elemen pelaburan dan perlindungan berdasarkan keperluan anda selaku pemegang polisi.
  • Menawarkan fleksibiliti: anda boleh menambah jumlah bayaran premium bulanan jika pendapatan anda meningkat.
  • Pemegang polisi boleh memilih jenis pelaburan. Tetapi, risikonya lebih tinggi, dan tidak ada jaminan pulangan. Pulangan boleh menjadi lebih tinggi atau lebih rendah dari jumlah anggaran anda.

Sebelum anda ingin memilih polisi insurans, pastikan:

  • Tentukan berapa jumlah wang yang anda ingin peruntukan untuk pendidikan anak anda.
  • Pastikan anda mampu membayar premium insurans kerana ianya merupakan komitmen jangka panjang.
  • Pilih polisi yang menawarkan anda fleksibiliti untuk meningkatkan simpanan anda.

Setelah anda memilih polisi yang sesuai, sentiasa ambil tahu perkembangan simpanan anda untuk memastikan matlamat simpanan anda tercapai. Pulangan sebenar yang diisytihar oleh syarikat insurans mungkin berbeza dari anggaran awal, bergantung kepada prestasi semasa. Selain itu, anda juga boleh membuat tuntutan pelepasan cukai sehingga RM 3,000 jika anda mendapatkan insurans pendidikan untuk anak anda.

Antara akaun simpanan yang adalah seperti Skim Simpanan Pendidikan Negara.

Skim Simpanan Pendidikan Negara (SSPN) ialah skim simpanan pendidikan oleh PTPTN untuk membantu rakyat Malaysia menyimpan untuk pendidikan tinggi. Skim ini merupakan skim patuh Shariah dibawah konsep Wakalah Bil Istithmar. Ada dua jenis pilihan untuk penyimpan, SSPN-i dan SSPN-i Plus. Perbezaan antara kedua-dua jenis akaun ini ialah SSPN-i Plus mempunyai perlindungan insurans takaful. Selain itu, skim SSPN-i mempunyai 3 kategori akaun:

Kategori 1: Akaun yang dibuka oleh ibu bapa atau penjaga pemegang akaun berusia 1 hari hingga 29 tahun.

Kategori 2: Rakyat Malaysia berusia 18 tahun hingga 29 tahun dan mempunyai hak untuk membuka akaun atau menjadi pemegang akaun yang dibuka oleh ibu bapa atau penjaga mereka.

Kategori 3: Rakyat Malaysia berusia 29 tahun dan keatas perlu membuka akaun individu

Selain simpanan pendidikan, anda juga bakal menikmati faedah yang datang bersama skim simpanan ini. Pertama, pelepasan cukai sehingga RM 6000 setahun. Perlindungan takaful percuma juga diberikan kepada penyimpan yang memiliki simpanan RM 1000 dan keatas di dalam akaun mereka, dan dividen dengan kadar yang kompetitif untuk simpanan yang juga layak untuk pelepasan cukai.

Penyimpan SSPN-i turut layak untuk memohon pinjaman PTPTN, kerana tanpa akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus, anak anda tidak layak untuk memohon pinjaman PTPTN.

Selain itu, keluarga dengan pendapatan kurang dari RM 4000 boleh menerima insentif geran sepadan apabila anak-anak mereka layak melanjutkan pengajian tinggi. Geran tersebut berjumlah sehingga RM 10,000, dan bergantung kepada jumlah simpanan dan tempoh pengajian. Anda boleh membuka akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus di 73 pejabat dan cawangan PTPTN seluruh negara. Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan ialah:

  • Salinan Kad Pengenalan / Kad Pengenalan Polis atau Tentera pemohon.
  • Salinan surat beranak / MyKid / MyKad anak.
  • Surat Pengisytiharan atau Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang memohon untuk anak angkat dibawah jagaan mereka).

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen