6 Sebab Anak Muda Mudah Terlibat Dengan Hutang Keliling Pinggang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kehidupan hari ini sememangnya agak mencabar terutama dari segi kos sara hidup. Mana tidaknya kos sara hidup ini semakin hari semakin meningkat. Bukan itu sahaja, segalanya di sekeliling kita ini memerlukan sejumlah wang untuk bergerak ke sana sini.

Anak-anak muda juga tidak ketinggalan untuk merasai peningkatan kos sara hidup ini. Namun begitu, mereka masih lagi belum membuka mata yang cukup luas akan kehidupan yang mewah dan berbelanja berlebihan akan memberi beban kepada mereka. Mana tidaknya, dengan cara yang mudah seperti melakukan pinjaman peribadi, mereka ini mampu menikmati hidup yang mewah untuk sementara waktu.

Tapi mengapa sering kali mereka ini terlalu cepat untuk mengambil jalan yang mudah? Adakah mereka ini tidak memikirkan kesan pada masa akan datang atau merasakan mereka ini mampu untuk membayar segalanya?



Berikut adalah sebab-sebab mereka ini lebih memilih untuk menanggung hutang:

1. Tidak tahu apa yang penting dalam hidup mereka.

Biasanya ketika masih muda ini, mereka tidak tahu apa yang mereka inginkan dan tetapkan dalam hidup mereka. Mereka tidak meletakkan satu matlamat dalam hidup mereka seperti ingin berkahwin, ingin mempunyai rumah ataupun perniagaan yang bagus. Jadi apabila tiada matlamat mereka lebih mudaj untuk berbelanja dengan gaya hidup mewah.

2. Tidak mempunyai anggaran dalam perbelanjaan.

Percaya atau tidak setiap daripada anak muda ini tidak mempunyai anggaran tetap untuk pengeluaran wang mereka. Bahkan mereka ini berbelanja mengikut apa yang mereka inginkan bukan yang mereka perlukan. Jadi dalam setiap perbelanjaan yang dilakukan itu, mereka lebih suka membeli dan kemudian menanggung sakitnya.

3. Lebih mudah percaya pada skim cepat kaya.

Anak-anak muda juga lebih mudah percaya kepada skim cepat kaya yang sememangnya adalah janji-janji palsu. Siapa yang tidak mahu kaya dengan segera, jadi mereka ini terus melakukan pelaburan tanpa berfikir panjang.


4. Lebih suka menggunakan kad kredit.

Siapa yang memiliki kad kredit ini pasti lah mereka merasakan bahawa mereka ini mempunyai wang yang banyak. Sedangkan, kad yang mereka belanjakan itu hanya memberi beban kepada mereka terutama jika mereka berbelanja berlebihan. Mana tidaknya, wang gaji yang mereka perolehi belum tentu mempu bayar keseluruhan hutang yang mereka lakukan.

5. Tidak terbiasa dengan menabung.

Tiada didikan awal dalam menabung ini menjadi punca mengapa anak muda mudah terjerumus ke lembah ini. Apabila tiada didikan, mereka ini lebih menganggap bahawa tabungan itu tidak penting untuk kegunaan ketika mereka susah dan sempit.

6. Kehidupan yang mengikut trend.

Kehidupan yang sentiasa ingin mengikut tred semasa adalah perkara yang menjadi ikutan anak muda pada masa ini. mereka ini sentiasa berlumba-lumba untuk sentiasa up to date dan yang paling membimbangkan ialah mereka juga sukakan kehidupan yang mewah seperti di dalam drama. Itu yang mereka sanggup menanggung hutang.

Hidup secara berjimat cermat, lakukan tabungan serta tidak mengejar trend pasti akan membuat anda bebas daripada terbelenggu hutang. Lakukan pilihan yang bijak, jangan sehingga beban hutang menghantui anda.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen