Kesan Penggunaan Facial Mask Setiap Hari, Mari Ketahuinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seperti yang kita tahu, penjagaan kulit muka ini begitu penting malah kulit muka juga begitu sensitif. Kalau tersilap pakai produk atau pakai produk yang berlebihan akan memberi kesan pada kulit wajah kita. Begitu juga dengan menggunakan facial mask, kalau silap guna ia akan memberi kesan pada wajah kita.

Facial mask ini banyak jenis, jadi sebelum anda membeli pastikan anda tahu yang mana bersesuaian dengan anda bahkan produk mana yang selamat bukan main guna sahaja. Jika anda menggunakan facial mask ini setiap hari anda juga perlu tahu kesan daripada penggunaan tersebut.



Soalan pertama yang harus anda tanya pada diri sendiri, mengapa anda mahu menggunakan facial mask setiap hari? Untuk memperbaiki kulit? Menjadikan kulit wajah lebih bersih tiada sebarang cela? Kelihatan lembap dan muda sentiasa? Facial mask mempunyai pembersihan mendalam yang mampu menyegarkan atau menyelesaikan kulit yang bermasalah. Walau bagaimanapun, tidak semua jenis facial mask boleh digunakan setiap hari.

1. Gel masks – setiap hari boleh.

Terdapat banyak jenis facial mask yang sesuai untuk jenis kulit yang berbeza. Biasanya digunakan untuk melegakan kulit yang sensitif dan mempunyai kesan penyejukan. Jenis facial mask ini mungkin boleh digunakan setiap hari kerana ianya cukup lembut. Sudah tentu anda juga boleh menggunakan ia hanya sekali atau dua kali seminggu jika anda tidak berminat dengan penggunaan yang kerap.

2. Exfoliating masks – boleh digunakan setiap hari.

Facial mask ini bertujuan untuk pembersihan dan pengelupasan, ianya membantu membersihkan kulit daripada pengumpulan sel kulit mati, yang akan membawa kepada masalah ataupun pertumbuhan bintik hitam. Facial mask ini jenis licin apabila digunakan dan biasanya dibiarkan kering selama 5 hingga 10 minit.

2. Sheet masks – boleh digunakan setiap hari.

Mask jenis ini boleh digunakan kerap kerana ianya mampu menyuburkan kulit dan memberikan kulit anda lebih bertenaga. Selalu digunakan sebelum anda ingin ke majlis tertentu, anda mahu lembapkan muka sebelum mulakan mekap.

3. Homemade masks – boleh digunakan setiap hari.

Facial buatan sendiri baik untuk kulit, malah boleh digunakan setiap hari. Sebelum anda buat facial mask sendiri, anda harus pastikan bahan tersebut berkhasiat dan sesuai dengan kulit wajah anda sebelum menggunakannya pada muka. Anda boleh cuba facial mask buatan sendiri seperti gunakan madu kerana ianya berkesan untuk kulit muka. Atau yogurt, baking soda, telur serta facial buahan.

4. Moisturizing masks – sekali atau dua kali seminggu.

Mask ini tidak sesuai digunakan setiap hari, ianya hanya boleh digunakan sekali atau dua minggu sahaja. Bila anda gunakan facial mask ini, biarkan di muka antara 10 hingga 30 minit. Ianya berkesan untuk kulit kering kerana meningkatkan tahap kelembapan kulit. Oleh itu, jenis ini mungkin tidak sesuai untuk kegunaan harian kerana ianya boleh menyebabkan kulit wajah menjadi lebih teruk jika digunakan secara berlebihan. Sekali atau dua kali seminggu adalah mencukupi melainkan jika kulit anda adalah sangat kering.

Sebelum anda ingin menggunakan facial mask, anda perlu tahu kulit wajah anda jenis apa, jika anda mempunyai kulit sensitif maka anda perlu gunakan gel mask. Jika anda tidak pasti facial mask apa yang sesuai untuk kulit anda, anda boleh tanya kepada perunding. Yang paling penting, anda perlu gunakan tiga langkah utama iaitu, cleanser, toner, sunblock dan moisturizer.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen