Jom Jadi Bijak Dalam Penggunaan Media Sosial.

Oleh: Zuzu Yasmine

Media sosial adalah perkara yang sangat terkenal pada masa ini. Di mana tua muda kesemuanya begitu teruja menggunakan media sosial ini. Mana tidaknya, isu-isu semasa, pengalaman peribadi, berjumpa kenalan baru dan pelbagai lagi boleh didapati di media sosail ini. Bahkan media sosial ini lebih cepat dan mudah dalam semua perkara.

Dalam sifatnya yang terlalu terbuka ini, ia agak membahayakan penggunanya, melainkan penggunanya tahu mencari manfaat yang baik melalui media sosial ini. Jika anda tidak berhati-hati dalam menggunakan media sosial ini, anda mungkin akan terdedah dengan perkara negatif, seperti buli siber, penggunaan kata-kata kasar dan lucah, menjadi mangsa penipuan, masalah kesihatan mental, serta penyebaran berita atau maklumat palsu.

Sebagai pengguna, anda haruslah menjadi lebih bijak. Bagaimana ingin melakukannya? Baca selanjutnya.



1. Kurangkan berkongsi hal peribadi.

Media sosial seperti facebook, instagram, dan twitter sememangnya satu platform utama untuk berkongsi maklumat. Namun, berkongsi semua perkara bukanlah satu perkara yang baik. Ia sebenarnya mengundang kepada bahaya apabila orang ramai tahu mengenai harta, pekerjaaan, dan anak-anak anda.

Kes culik anak boleh bermula di media sosial jika anda selalu berkongsi di facebook atau instagram. Ia juga boleh mengundang rasa iri hati dalam kalangan pengguna lain yang mungkin tidak berpeluang memperoleh nikmat seperti anda.

Tidak perlu sampai berkongsi semua hidangan makanan atau destinasi anda setiap hari tetapi kalau sekali-sekala tidak mengapa.

2. Jangan tekan butang “share” jika tidak pasti.

Berita atau maklumat yang palsu boleh membawa kepada salah faham dan persepsi yang buruk terhadap pihak yang terlibat. Jangan terlalu mudah mempercayai sebarang maklumat yang berasal dari sumber yang meragukan seperti mesej berantai di whatsapp yang tidak diketahui asal usulnya.

Pastikan sesuatu maklumat itu datang dari pihak yang berautoriti. Contohnya, isu kesihatan mestilah bersumberkan doktor atau ahli profesional kesihatan, bukannya pendapat orang awam yang mungkin salah.

Ambil masa untuk menyemak maklumat dan jangan terlalu gopoh untuk menekan butang share.


3. Bukan semua jawapan boleh ditemui di media sosial.

Anda boleh meminta dan mencari pendapat terhadap persoalan anda di facebook, instagram, atau twitter tetapi bergantung kepada jenis persoalan tersebut. Jika ia memerlukan pertimbangan pihak yang pakar seperti doktor perubatan, peguam, atau ahli agama, media sosial mungkin hanya akan mengelirukan anda.

Medium yang terlalu terbuka kepada semua pendapat akan membuatkan anda terdedah kepada pendapat yang kurang tepat. Oleh itu, sila dapatkan nasihat daripada orang yang sepatutnya.

Tetapi jika ingin bertanya tempat makan sedap atau harga tiket wayang, sememangnya media sosial merupakan platform terbaik untuk anda!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen