“Hati-Hati Kad Kredit Boleh Menjadi Punca Sakit Jiwa, Poket Menderita & Rosak Rumahtangga.”

Oleh: Zuzu Yasmine

Kad kredit adalah perkara yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Di mana rakyat Malaysia suka menggunakan kad kredit dalam membeli barangan keperluan mereka. Bagi mereka, penggunaan kad kredit ini dapat membantu mereka dalam perbelanjaan bulan sekiranya wang mereka itu tidak mencukupi atau di saat kecemasan.

Bukan hanya itu, malah penggunaan kad kredit ini juga dikatakan menguntungkan apabila mereka mampu membeli barang yang mahal harganya, walaupun terpaksa bayar secara ansuran. Berdasarkan perkongsian daripada Zafrol Rizal Mat bahawa terdapat satu kajian yang dibuat menyatakan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai rekod pembayaran kad kredit terburuk di dunia. Ini adalah kerana kebanyakan pengguna kad kredit hanya menjelaskan 5% dari jumlah hutang setiap bulan. Guna banyak tapi bayar sikit.



Mari ketahui baik buruknya kad kredit ini dalam perkongsiannya.

"I terbaca satu kajian yang dibuat menyatakan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai rekod pembayaran kad kredit terburuk di dunia. Wow! Malaysia Boleh! Ini adalah kerana kebanyakan pengguna kad kredit hanya menjelaskan 5% dari jumlah hutang setiap bulan. Guna banyak tapi bayar sikit.

Apa nak jadi? Hutang makin membukit. Bila ini berlaku maka semakin sukarlah peluang untuk anda mendapat pinjaman. Profile diri pun mula hancur.

Satu perkara lagi, kadar faedahnya sangat tinggi iaitu 18% setahun. Jadi mengapa hanya membayar 5% saja? Anda tahu kan, yang 5% itu bayaran minimum daripada kredit yang anda guna? Sudahnya lubang digali semakin dalam. Luka sedikit bertambah parah. Bukan lagi jadi bukit malah jadi gunung.

Tak percaya? Cuba lihat cara pengiraannya:

Katalah anda berhutang RM10,000/- dan hanya membayar minimum 5% setiap bulan.

Anda akan membayar faedah tambahan sebanyak RM4,000 dan akan melangsaikan hutang dalam masa 7 tahun.

Uihh!! Banyak tu!!! Ruginya membazir wang membayar faedah sebabkan nafsu serakah menenyeh kad kredit. Tak pasal-pasal duit bocor. Ini belum campur dengan late payment charges. Ini faedah yang paling jahat sebenarnya. Ikut selera bank. Ada yang 3.10%, ada yang 3.40% dikira secara bulanan. Kan dah kata semakin menggunung tinggi.

Kalau nak tau inilah punca ramai yang jahanam dengan kad kredit! Sebab segala faedah tambahan dikenakan dari kiri, kanan, depan, belakang.

Tambah parah, bank pun taknak kasi pinjaman sebab anda dah tak laku. Mana taknya, pandai pinjam tak pandai bayar. Jadi, kawallah lagak.

Sehinggakan rumahtangga goyah sebab berhutang memenuhi kehendak. Suami buat hutang belilah boys toys, isteri yang kena tanggung. Isteri buat hutang beli handbag, suami pula tanggung. Luar kemampuan masing-masing. Kemudian memberontak salahkan alam semesta melainkan nafsu sendiri. Janganlah begitu sayang. Kan elok duit lebih disimpan untuk melabur.


Bila priority tidak disusun dengan baik, mulalah perhubungan berantakan. Semuanya kerana wang. Menurut kata sahabat yang juga Hakim Syarie, lebih 30% kes perceraian adalah berkaitan dengan duit. Janganlah tambah statistik itu yer.

Guna kad kredit ni bagus untuk bisnes kalau ada sistem teratur. I guna kad kredit untuk perbelanjaan bisnes, beli tiket kapal terbang, bayar hotel, bayar macam-macam lagi perbelanjaan yang dibenarkan untuk ditolak cukai. Penggunaan itu akan menghasilkan points! Credit Card points is a currency. Boleh redeem banyak hadiah. Belanja! Belanja! Belanja! Kemudian redeem hadiah. Macam-macam barang ada dalam katalognya.

Nak tau satu rahsia? I selalu bercuti dengan tiket free! Sebab redeem points credit card. Cuma perlu bayar airport tax. Oklah tu kan.

Tapi I disiplinkan diri untuk perbelanjaan keperluan dan kemudian dibayar sepenuhnya sebelum hujung bulan.

Kenapa perlu buat begini? Apa faedahnya? Pasti ada. Bila pihak bank nampak corak penggunaan dan pembayaran yang bagus, mereka akan tambah percaya dengan kita. Pasti credit scoring kita power. Senang nak guna "other people's money". Itu sebenarnya tujuan yang lebih besar. Kita buat mereka percaya dengan kita. Kemudian mohon apa pun mudah.

Jadi, bajetkan perbelanjaan anda, bila dah tenyeh hantar semua resit ke Accounts Dept untuk mereka buat bayaran penuh kepada belanja tersebut. Bukan bayar 5%!!! Bayar penuh, 100%."

Ini pula ada 7 langkah untuk pastikan anda memantau kad kredit anda dengan teratur:

1. Pantau perbelanjaan kredit anda.

2. Bayar kad tepat pada masanya.

3. Maksimakan pembayaran balik anda- bayar penuh.

4. Tetapkan had kredit yang sesuai.

5. Guna kad kredit untuk belanja keperluan dan bukan kehendak.

6. Gunakan kad kredit dengan waras dan bukan nafsu

7. Semak penyata kad kredit anda selalu

8. Jangan ambil mudah.

Memangnya begitu. Selain dari I berkongsi tajuk- tajuk penting, I juga kongsikan advantages/ kelebihan yang kita boleh dapat daripada persekitaran untuk faedah kita sebagai usahawan. Banyak lagi sebenarnya, ikut soalan peserta. Yang seronoknya, I kongsikan banyak tricks berguna untuk usahawan. Sebab usahawan perlu bijak lihat peluang.

Daripada wang bocor kita belanja dengan penuh hemah. Kalau suka, kita jumpa. Belajar jadi usahawan yang pintar peluang. Segalanya wang!

Amacam?



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen