Antara Kesan-Kesan Buruk Berkahwin Di Luar Kemampuan.

Dah masuk tahun 2019 ni dengan harapan anak muda ada kesedaran untuk berkahwin dengan tidak membuat pinjaman peribadi di bank semata-mata walaupun ianya HARUS asalkan mematuhi syariah. Akan tetapi jatuh hukum HARAM sekiranya mengandungi Riba’. Jika ragu-ragu, usahlah membuat pinjaman peribadi (personal loan).

Berkahwin di luar kemampuan  telah menjadi trend pada tahun-tahun sebelum ini kerana mahu mengejar…

Pelamin siapa yang lebih indah?

Dewan siapa yang lebih besar?

Baju pengantin siapa yang lagi cantik?

Bridesmaid siapa yang lebih ramai?

Tetapi ramai sahaja anak muda yang tidak tahu diantara kesan buruk sekiranya kahwin di luar kemampuan, malah sanggup pula membuat pinjaman peribadi daripada bank. Kesannya adalah:

1. Jadi hamba bank selama bertahun-tahun.

Sebagai contoh dan purata untuk membuat majlis perkahwinan adalah sekitar RM50,000. Nak buat pinjaman peribadi daripada bank, pasti ada interest. Jadi, anda terpaksa berhutang dengan bank selama bertahun-tahun, mungkin 10 tahun, atau lebih tiada siapa yang tahu.

Komitmen anda dengan bank menjadi terikat, dan perlu membayar sekitar rm600 setiap bulan untuk pembiayaan pinjaman peribadi tersebut. Cuba lah kira dengan RM600 sebulan, berapa tahun anda perlu terikat dengan bank, dengan pinjaman RM50,000 (tak termasuk interest).

Dengan hutang PTPTN lagi bertahun-tahun.

Hutang kereta lagi…

2. Sukar untuk menyimpan.

Apabila hutang semakin bertambah, pasti sukar untuk anda menyimpan. Seperti pada point atas, anda perlu membayar personal loan anda sebenyak RM600 setiap bulan, padahal anda boleh menyimpan jumlah tersebut bersama pasangan, RM300 masing-masing. Dengan RM600 setiap bulan dapat menyimpan secara konsisten, dah dapat RM7200.

Jika anda mampu bayar personal loan setiap bulan, ini bermaksud anda sebenarnya boleh menyimpan RM600 setiap bulan. Tukar konsep pemikiran anda.

Mahu berhutang semata-mata menjadi Raja Sehari selama satu hari?

Atau perkahwinan yang simple tapi kesenangan dalam jangka masa yang panjang?

3. Hidup menjadi tertekan.

Kesan daripada hutang yang tinggi menggunung adalah hidup menjadi tertekan. Tidak lagi menemui kebahagiaan di dalam rumah tangga. Malas nak balik rumah tengok muka pasangan, sebab balik rumah je mesti nak cerita pasal duit, macam tak ada cerita lain pula. Tapi kalau tak cerita pasal perbelanjaan rumah, sampai bila-bila tak pandai merancang kewangan dan ekonomi keluarga.

Kehidupan yang tertekan adalah kerana daripada emosi yang tidak stabil.

Emosi yang tidak stabil kerana tidak bijak menguruskan kewangan.

Tidak bijak menguruskan kewangan kerana tidak rajin menimba ilmu daripada pakar.

Tidak rajin menimba ilmu sebab malas, terasa seperti mampu hadapi segalanya dengan sendiri. Tak perlu nasihat.

Nampak tak akibat daripada MALAS anda? Hanya kerana daripada sifat malas, ia mampu mengubah hidup anda menjadi negatif sehinggalah ke alam perkahwinan kelak. Malas nak simpan duit nak kahwin, ikut jalan mudah dengan pinjaman peribadi. Akhirnya memakan diri.

Jangan terlalu ikut kemahuan diri dengan berkahwin di luar kemampuan!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen