Elakkan 7 Perkara Ini, Ia Hanya Akan Merosakkan Tabung Simpanan Anda Sahaja.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila baru mula berkerja ini, pasti banyak perkara yang kita mahukan dan miliki. Tidak kiralah kereta baru, pakaian yang mahal ataupun pergi melancong ke merata tempat. Semua perkara itu kita katakan bahawa ia self reward untuk diri selepas penat berkerja.

Tanpa kita sedar semua perkara yang kita lakukan dan mahukan itu hanya akan merosakkan simpanan kita sahaja. Mana tidaknya, kita lebih utamakan keinginan dahulu berbanding lakukan simpanan untuk masa depan.

Tidak kiralah jika anda baru mula nak berjinak-jinak dalam menyimpan wang sekali pun, mari ikuti perkongsian daripada saudara Amir Syahir akan 7 perkara yang merosakkan tabungan anda.



7 Perkara Merosakkan Tabung Simpanan Anak Muda

**************************************************

Anak muda yang susah untuk menyimpan akan membuatkan mereka lambat untuk membeli rumah pertama.
Hari ni dah gaji kan? Mesti kau pun tak sabar nak berbelanja. Jangan berbelanja berlebihan sudah la.

Berikut merupakan 7 perkara yang biasa akan merosakkan tabungan anak muda selain bergaji rendah;

***

1. Beli Kereta Lebih Daripada Kemampuan.

Beli kereta tak salah. Tapi, yang salahnya bila ansuran kereta tu lebih daripada separuh gaji. Sedar-sedarlah diri tu ye. Ukur baju di badan sendiri.

Memanglah kau teringin nak pakai.

Honda kan, tapi tengok balik diri, tenung slip gaji tu. Mampu ke tidak? Kalau rasa tidak, simpan dulu niat. Tangguhkan seketika.

Bagi lelaki, pakai jer dulu motor. Lagi jimat. Nak pergi tempat kerja pun tak jem. Kalau hujan, redah jer la. Macam la tak biasa kannn.

Kalau gegadis pulak, naik kereta lagi selamat. Tapi, pastikan kereta yang dibeli tu ikut kepada kadar kemampuan diri ye. Takut nanti nak beli tudung mahal, nak beli alat make up pun tak mampu, duit habis bayar ansuran kereta. Kakaka.

2. Bergaya Hidup Mewah.

"Biar papa, asal bergaya". Kau orang ikutlah pepatah nie. Memang nampak bergaya, tapi habuk pun tak ada.

Bergaya lah ikut kemampuan diri. Tak payah nak ikut orang. Ini tidak, kawan beli baju Adidas, kau pun nak jugak baju Adidas. Tapi, kau tak fikir, gaji dia RM6K sebulan, gaji kau RM2K je.

Tak berdosa pun kalau pakai baju murah, kasut murah atau jam murah. Yang murah tak semestinya tak berkualiti. Biarlah orang nak cakap apa pun. Buat derk dah la. Bukan mintak duit dengan diorang pun.


3. Tawaran Harga Murah.

Banyak tawaran harga murah buat kau tak senang duduk. Angka 70%, 80% menghantui tidur malam kau. Terus kau gunakan duit simpanan beli yang kononnya kau perlu sangat tu. Akhirnya, sepuluh jenis pasang kasut, 15 tudung, 20 baju selamat kau beli. Buat stok. Tudung punya lah banyak. Alih-alih pakai yang kau suka tu je. Kalau barang tu kau belum ada, lain lah.

4. Terlalu Berhibur.

Berhibur ni takde salahnya. Self Reward katakan. Tapi, jangan nak over sangat. Pandai-pandai la kau orang bajet.
Jangan pulak bila berhibur habis beratus-ratus, tapi nak simpan RM50 pun payah. Mula-mula kerja ni, tahan diri dulu. Gaji kau orang bukan banyak sangat. Ciput je.

Kalau rasa stress dengan kerja, pergi je joging, berjalan-jalan sambil menikmati keindahan alam ke, berhibur jugak kan? Duit tak habis, hati pun tenang dan damai.

5. Meneroka Dunia.

Masa muda-muda ni la nak travel, nak meneroka dunia la katakan. Apa orang kata, jauh perjalanan luas pengalaman. Banyak cara lagi kau boleh dapat pengalaman selain meneroka dunia ni.

Sekali-sekala nak pergi meneroka dunia tu tak salah. Tapi, kalau sampai tiap-tiap bulan? Kau fikirlah sendiri. Nak dapat pengalaman berharga konon. Pergi situ sini, orang tanya apa itu CCRIS pun tak tahu. Ingat banyak travel ni matang sikit. Tapi pakwe "bluetick" mesej WhatsApp pun nak sentap.

Yang lagi parahnya, pinjam duit kawan nak teroka dunia. Pastu, bila dah dapat pengalaman, buat-buat hilang ingatan. Tak ingat nak bayar balik.

6. Banyak Beban Hutang.

Muda-muda dah banyak hutang. Hutang PTPTN, hutang peribadi, hutang kereta, hutang Courts dan bermacam lagi jenis hutang kau kena bayar setiap bulan. Sampai nak menyimpan pun susah. Kalau tol pun boleh berhutang memang kau nak bayar hutang jugak. Kau jadi cat lovers dah la. Jangan jadi debt lovers. Kakakaka.

7. Gajet Terkini.

Ada juga golongan yang jenis suka bertukar gajet ni. Nak mengikut arus pemodenan semasa katanya. Segala gajet terkini dia ada. Takut ketinggalan zaman. Padahal, bila nak call orang pun pinjam telefon kawan. Tak cukup kredit. Keluar IPhone terbaru tukar lagi.

Selagi kau boleh call, Whatsapp, bermuka buku tu, guna jer lah telefon yang ada. Tak payah nak ikut arus semasa sangatlah.

***

Sebenarnya banyak lagi perkara yang dilakukan anak muda yang menyumbang ke arah kerosakan simpanan wang mereka.

Janganlah malu jika kau bergaji kecil. Tapi malu lah jika kau berpura-pura kaya. Kah!

Ayuh kongsikan perkara yang mampu menjahanamkan simpanan wang korang. Okay go!

Sebarkan jika manfaat terima kasih.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen