Macam Mana Nak Nampak Sebagai Lelaki Yang Lebih Bergaya Tahun 2019 Ini? Jom Baca!

Jarang untuk kita lihat seorang lelaki bersungguh-sungguh mengubah gaya hidupnya semata-mata untuk manfaat diri sendiri. Apa yang kita lihat majoriti daripadanya suka berpakaian selekeh, tidak mementingkan penampilan dan penjagaan diri, tidak mengambil berat dengan keadaan sekeliling dan hanya buat hal sendiri.

Oleh kerana gaya hidup lelaki berbeza dengan perempuan yang lebih teratur. Apa kata anda ubah gaya hidup anda pada tahun baru ini dengan…

1. Perluaskan sosial anda.

Tidak salah dan tidak rugi pun mencari lebih ramai kawan. Malah apabila dikelilingi dengan kawan yang ramai, anda akan menjadi seorang yang banyak pengalaman. Berkongsi pengalaman dan cerita dengan kawan ramai membuatkan minda anda menjadi lebih produktif dan kreatif. Jadi, dengan kaedah ini juga boleh lah anda impreskan diri anda pada bakal jodoh.

2. Mempunyai seseorang sebagai idola.

Setiap individu pasti ada idolanya tersendiri yang mampu memberi inspirasi setiap hari. Mustahil anda tiada idola untuk anda ikuti. Namun, carilah idola yang mampu memberi contoh dan teladan yang baik. Yang paling bagus adalah, jadikan Rasulullah SAW sebagai idola anda dalam menghadapi cabaran hidup. Malah, Baginda juga adalah contoh terbaik untuk menjadi suami yang hebat nanti.

3. Menjadi seseorang yang pandai berjenaka.

Apabila sudah memperluaskan sosial anda, secara tidak langsung ia pembakar semangat untuk diri anda menjadi bijak dalam berkomunikasi. Dengan keyakinan diri yang ada, cuba lah berjenaka pula. Kalau tak lawak pun, sekurang-kurangnya anda mencuba. Mana tau lama-lama anda pakar dalam berjenaka sehingga ramai wanita yang tersenyum dan tertawa.

4. Cuba berinteraksi dengan bayi atau kanak-kanak.

Anda juga boleh menjadi lelaki yang bergaya apabila berdampingan dengan bayi atau kanak-kanak. Kaum wanita mendapati anda automatik menjadi seorang lelaki yang bergaya lagi menarik sekiranya pandai berinteraksi dengan anak-anak kecil. Bagi wanita juga, lelaki sebegini lebih penyayang dan family person.

5. Sentiasa rajin trim jambang dan misai anda.

Bagi mereka yang suka bela jambang dan misai, rajin-rajinkan diri untuk kemaskan penampilan anda. Jangan terlalu selekeh sehingga malas nak trim jambang dan misai anda. Bukan kaum wanita sahaja yang tidak selera tengok anda, berkemungkinan besar ibu anda sendiri tidak percaya dengan diri anda untuk berkahwin.

Yelah, macam mana nak jaga anak dara orang kalau jambang atau misai sendiri pun malas nak jaga!

6. Lebihkan senyuman.

Dan yang paling penting adalah senyuman. Siapa cakap muka garang akan membuatkan diri anda nampak macho? Tak payah nak kerut-kerut dahi sangat tapi lebih-lebihkan senyuman. Takut nanti jodoh lari pula.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen