Ambil 5 Langkah Ini Dengan Kadar Segera Apabila Anak Anda Mengalami Masalah Beguk - Dr Ezairy.

Oleh: Zuzu Yasmine

Penyakit beguk ini bukanlah satu yang asing dalam masyarakat kita, di mana ramai di antara kita memandang remeh akan penyakit ini. Malah ada yang tidak melakukan rawatan doktor tetapi lebih memilih untuk merawatnya secara tradisional dengan petua-petua orang terdahulu.

Tidak salah untuk mengikuti petua yang diberikan oleh orang tua-tua dahulu, tapi pastikan anda mendapatkan rawatan daripada doktor terlebih dahulu sebelum keadaannya menjadi lebih parah lagi. Penyakit ini boleh menyerang orang dewasa mahupun kanak-kanak, tapi bagaimana untuk anda mengendalikan perkara ini apabila berhadapan situasi ini. Mari ikuti perkongsian daripada Dr Ezairy M.Sallih ini.



5 langkah yang perlu anda ambil apabila anak anda mengalami masalah beguk.

                         

Selalu kan dengar penyakit ini? Di kalangan masyarakat kita bukanlah asing lagi. Beguk atau ‘mumps’ merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Iya... virus!

Ia akan menyebabkan bengkak dan rasa sakit pada kelenjar di bahagian pipi disebut sebagai parotid. Penyakit ini mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin.

Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 5 hari selepas pembengkakan bermula.


Jika anak anda mengalami masalah beguk, apa perlu anda buat?

1. Berikan anak ubat untuk mengurangkan demam, sakit kepala dan juga sakit di kawasan pembengkakan. Pembengkakan adalah disebabkan oleh masalah kelenjar liur yang membengkak.

2. Berikan air yang cukup kepada anak untuk mengelakkan dehidrasi. Ini kerana anak yang mengalami masalah beguk akan cenderung untuk tidak mengambil makan dan minum akibat sakit.

3. Tidak menghantar mereka ke sekolah dan taska serta tempat-tempat awam. Jangkitan lebih mudah berlaku.
4. Gunakan bungkusan ais atau bungkusan pak air panas untuk mengurangkan kesakitan. Letakkan tuala nipis pada bungkusan untuk melindungi kulit pesakit.

5. Sekiranya anda mendapati saiz beguk semakin membesar dan tidak ada tanda-tanda untuk surut, dapatkan segera rawatan di klinik dan hospital dan doktor. Jangan biarkan di rumah.

                           

Ramai orang kita ini gemar guna cecair seperti nila dan bermacam-macam lagi rawatan tradisi untuk menyusutkan bengkak. Saya tak kata tak boleh nak cuba. Tapi jangan sampai dah bengkak sampai ke tahap tak boleh buka mulut, tak boleh menelan makanan akibat terlalu sakit, masih lagi lakukan perkara-perkara seperti ini. Bahaya!

Adakalanya, rawatan bersama doktor perlu disegerakan.

Macam itulah. Moga bermanfaat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen