Diam Adalah Lebih Baik, Daripada Menyakiti Hati Orang Lain.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila kita lihat seseorang terlibat dalam perkara yang tidak baik atau perkara yang tidak diingini berlaku, pasti akan tergerak dimulut untuk menyatakan perkara sebegini,

“Nasib baik bukan aku yang kena.”

“Nasib baik aku lebih cepat bertindak.”

“Nasib baik bukan jadi dekat keluarga aku.”

Pernah tak kita fikir bagaimana jika orang yang terlibat dalam perkara itu mendengar apa yang kita katakan tadi? Pernah tak terfikir bagaimana jika kita berada di tempatnya dan mendengar kata-kata tersebut?



Pasti sakit hati bukan? Rasa kecewa bukan?

Apabila saudara mara anda, adik beradik atau rakan anda terlibat dalam perkara yang tidak dingini adalah lebih baiki jika anda memberinya semangat untuk membuatnya lebih kuat untuk bangkit. Bukannya melukakan hatinya dengan kata-kata seperti itu.

Kata-kata seperti itu mungkin bukan apa-apa buat anda, tapi sebenarnya ia mungkin kata-kata yang paling melukakan hatinya dan kata-kata tersebut boleh tersimpan di dalam hatinya.

Jadi apabila anda tiada apa yang hendak dikatakan, adalah lebih baik jika anda hanya mendiamkan diri daripada meluahkan kata-kata yang menyakitkan hati itu. Bukan itu sahaja, apabila anda rasa seperti ingin meluahkan kata-kata yang mungkin menyakiti hati orang lain, adalah lebih jika anda cuba untuk menahannya.


Jika kita tidak mampu untuk meringankan beban yang dirasai seseorang itu, lebih baik kita cuba untuk meringankan rasa hatinya dengan memberinya kata-kata semangat agar dirinya semakin kuat dan tidak menyakiti hatinya.

Tidak kiralah dia melakukan kesalahan atau dia berbuat salah denga nada sekalipun, cuba untuk tidak menyatakan satu perkara yang mungkin buat dia terkecil hati ataupun memalukan dirinya. Ingat, apabila anda menutup aib orang, maka Allah juga akan menutup aib anda.

Kadang kala kita lupa bahawa Allah telah merancang setiap perkara dengan sebaiknya. Jangan mempersoalkan mengapa terjadi dekat dia, mengapa dia tidak lakukan perkara sepatutnya atau apa-apa pun. Semua yang terjadi dalam hidup ini adalah rahsia Allah. Kalau kita dapat tahu apa yang bakal terjadi pada kita pasti begitu takut kita hingga mahu sentiasa beribadah kepada-Nya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen