Lelaki Perlu Memahami Tanggungjawabnya Sebagai Seorang Suami Dengan Hayati Petikan Dari Ayat Al-Qur’an Ini.

Sudah termaktub di dalam Al-Qur’an tentang peranan seorang suami dalam keluarganya. Perlu menjaga darjatnya sebagai seorang suami yang disanjungi dan dihormati oleh anak-anak dan juga isteri. Tidak boleh menidakkan apa jua perkara yang sudah disebut di dalam Al-Qur’an.

Tidak boleh bersuara dengan menggunakan emosi “Kenapa tidak boleh biarkan isteri melakukan kerja berseorangan dan berdikari?

Tidak boleh terlalu mengikutkan perasaan dengan membiarkan isteri “Aku pun boleh buat semua kerja, kenapa isteri perlukan pertolongan pula?”

Tidak boleh membiarkan perasaan isteri “Semua orang pun beranak, kenapa isteri sendiri beranak mengada-ngada sangat?”

Ketahuilah tanggungjawab anda sebagai suami dengan hayati ayat-ayat Al-Qur’an ini…

1. Suami hendaknya menyedari bahawa isteri adalah suatu ujian untuknya dalam menjalankan agama. (At-Taubah: 24)

Katakanlah (wahai Muhammad):

"Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai….

(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)”.

2. Jangan terlalu menghukum isteri kerana seorang isteri mampu menjadi musuh bagi suami dalam mentaati Allah dan Rasul-Nya. (At-Taghabun: 14)

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

3. Perlu sentiasa berdoa kepada Allah dikurniakan isteri yang solehah. (Al-Furqan: 74)

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

4. Suami tidak boleh kedekut dalam memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak mengikut kemampuan dirinya sendiri.(Ath-Thalaq: 7)

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

5. Suami wajib berlaku adil dan bijaksana terhadap isteri. Jangan terlalu mengikutkan hawa nafsu untuk berpoligami jika tidak mampu berlaku adil. (An-Nisa’: 3)

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Kesimpulannya, jadilah seorang suami yang dikasihi oleh Allah SWT. Semoga sentiasa dibawah perlindungan-Nya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen