Cara Bahagikan Kasih Sayang Di antara Ibu Kandung Dan Ibu Mertua Secara Adil, Begini Caranya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila sudah berkahwin, hubungan sesebuah keluarga itu akan menjadi lebih besar dengan anda bakal menerima kehadiran ibu bapa mertua, adik-beradik ipar dari pasangan anda. Semakin ramai ahli keluarga anda, semakin banyaklah hati yang perlu anda jaga. Nak menjaga hati ini yang susah hingga kadang kala ia timbulkan salah faham, walaupun anda telah cuba lakukan yang terbaik.

Jadi perasaan anda lebih menyayangi keluarga belah mana itu akan sentiasa timbul, ataupun pasti akan ada yang terasa dengan sikap anda itu. Sesetengah ibu bapa mertua akan merasakan anak mereka akan melebihi ibu bapa kandung, begitu juga sebaliknya. Perkara ini biasa terjadi kerana merasakan anak-anak mereka ini mula dimiliki oleh orang lain.

Biasanya perasaan sebegini akan timbul pada ibu-ibu mereka yang merasakan anak mereka lebih memihak pada ibu mertua atau ibu kandung, jadi bagaimana nak hilangkan perasaan sebegini? Mungkin 6 perkara ini dapat membantu anda.



1. Kalau beri hadiah, beri kepada keduanya.

Apabila anda pulang melancong atau membeli sesuatu hadiah, jangan hanya membeli untuk sebelah pihak sahaja. Adalah lebih baik jika anda membeli untuk kedua-dua belah keluarga anda. Bukan hanya itu sahaja, pastikan juga harga barangan tersebut sama. Kalau boleh berlaku adil untuk kedua-duanya. Barulah tiada istilah begini akan timbul.

2. Kalau bawa berjalan, bawa keduanya.

Jika anda membawa ibu mertua anda pergi melancong, jangan lupa untuk melakukan perkara yang sama kepada ibu kandung anda. Hal ini kerana, jika anda melebihi sebelah pihak sahaja, anda mungkin akan menyebabkan ibu anda terasa hati. Tapi jangan pula anda pergi tempat yang sama pula. Kalau ingin jimat kos, bawa mereka berdua sekali agar mereka lebih akrab.

3. Sentiasa bertanya khabar keduanya.

Biasanya kita akan lebih fokus untuk bertanya khabar kepada ibu kandung kita kerana merasakan kita lebih rapat. Untuk lebih erat lagi, apa kata anda sentiasa bertanya khabar keduanya. Barulah keduanya tidak akan terasa hati dengan anda nanti.

4. Sayangi keduanya.

Cuba untuk berlaku adil dalam membahagikan kasih sayang anda antara keduanya. Jangan memikirkan bahawa anda seharusnya lebih patuh kepada ibu mertua kerana mereka ini ibu bapa pasangan anda, ataupun anda memikirkan bahawa perlu patuh kepada ibu bapa kandung anda kerana merasakan bahawa dia telah berkorban untuk anda. Adalah lebih baik jika anda menganggap bahawa mereka ini kedua-duanya adalah ibu bapa anda yang sepatutnya anda sayangi.

5. Menerima teguran dengan hati yang terbuka.

Oleh kerana, mereka ini merupakan keluarga anda, pastinya mereka ini mahukan yang terbaik untuk anda. Jadi jangan sesekali terasa hati dengan setiap teguran yang anda terima. Adalah lebih baik jika anda menerima teguran demi kebaikan hubungan anda. jangan pernah mengadu kepada keluarga anda menyatakan bahawa anda terasa berkecil hati dengan teguran yang telah diberikan.

6. Jangan lebih manja.

Berlaku adil dan bersikap sama rata dengan keduanya. Jika anda manja dengan salah seorang, mulai sekarang anda perlu manja dengan keduanya. Hal ini kerana, apabila anda manja dengan salah seorang pasti ia akan membuat yang lagi satu itu terasa. Mana tidaknya, ia merasakan bahawa anda lebih selesa dengan yang lagi satu berbanding keluarganya.

Kadang kala apabila anda ingin berlaku adil dengan keduanya, hati juga akan turut terluka. Tapi anda perlu abaikan hati anda kerana, hubungan yang anda perlu pupuk pada peringkat awal ini sememangnya agak menyukarkan sedikit tapi lama-kelamaan ia akan menjadi perkara biasa dan anda selesa dengannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen