Panduan Menjadi Seorang Menantu Lelaki Yang Disayangi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kita lihat, menantu perempuan sahaja akan sibuk untuk ambil hati ibu bapa mertua ini. Maklumlah, menantu perempuan ini biasanya sukar untuk akrab dengan ibu mertua. Ini kerana terdapat banyak kes atau penceraian yang melibatkan ketidaksefahaman antara ibu mertua dan menantu perempuannya. Namun begitu bagaimana dengan menantu lelaki?

Biasanya menantu lelaki ini begitu mudah untuk mengambil hati ibu bapa mertua mereka. Bukan itu sahaja, biasanya menantu lelaki ini tidak perlu bersusah payah untuk pikat hati ibu mertua mereka ini. Tapi jangan terlalu mudah menganggap anda ini mudah mendapat tempat di hati ibu bapa mertua anda. Terutama jika anda mempunyai ramai biras lelaki, nak kena bijak ambil hati juga.

Buat mereka-mereka yang tidak tahu bagaimana nak ambil hati ibu bapa mertua ini, mungkin beberapa tips ini akan membantu anda. Mana tahu selepas ini menjadi menantu kesayangan.



1. Ringan tulang.

Apa yang paling penting adalah anda perlu menjadi seorang yang ringan tulang. Di mana rajin membantu ibu bapa mertua anda bahkan anda juga rajin membantu isteri anda. Jika ada kenduri kendara, jangan lupa untuk sentiasa hulurkan bantuan walaupun ia tugas yang mudah seperti menguruskan barangan dapur, tapi turut sertai untuk lakukannya.

2. Sentiasa manjakan isteri.

Ibu bapa mertua ini biasanya mahukan anak mereka ini bahagia. Jadi anda sebagai suaminya perlulah sentiasa manjakan isteri anda, agar isteri anda sentiasa menyatakan bahawa dia bahagia di sisi anda. barulah ibu bapa mertua anda merasakan anda menjaga anaknya dengan baik.

3. Sentiasa berlaku adil antara keluarga sendiri dan keluarga mertua.

Untuk membuat mereka ini lebih mudah untuk menerima anda dan beranggapan bahawa anda adalah menantu pilihan yang terbaik adalah melalui sikap adil anda di antara keluarga sendiri dan juga keluarga mertua. Anda tidak membezakan keduanya, malah sentiasa bersikap sama rata di antara keluarga ini. Bahkan anda juga tidak sentiasa melebihi keluarga sendiri atau keluarga mertua. Dari sini mereka boleh lihat bahawa anda mampu menjaga anaknya dengan baik.

4. Menghormati isteri.

Sentiasa menghormati isteri anda, tapi jangan apabila berada di rumah mertua sahaja anda menghormatinya. Anda perlu sentiasa menghormatinya walaupun berada di rumah kalian. Apabila isteri bahagia, wajahnya akan memancarkan kebahagian itu. Maka amalkan sikap menghormati isteri anda.

5. Menganggap ibu bapa mertua sebagai ibu bapa sendiri.

Perkara yang paling penting adalah menganggap bahawa ibu bapa mertua anda itu sama seperti ibu bapa anda sendiri. Tiada istilah anda lebih mengutamakan ibu bapa kandung anda. Tapi anda lebih mahu menyenangi hati kedua-duanya. Ini akan membuat anda lebih mudah untuk rapat dan erat dengan kedua mereka ini. dan mereka juga lebih mudah untuk menerima anda dengan hati yang terbuka.

Tidak susah pun nak menjadi menantu lelaki kesayangan ini. Apabila mereka sudah menerima anda sebagai menantu dalam keluarga mereka. Tahap paling sukar adalah ketika mereka ini mahu menerima anda sebagai salah seorang ahli keluarga mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen