Mengorek Telinga Dengan Kerap, Jangan Pandang Ringan Akan Kesannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nikmatnya apabila mengorek telinga ini sampai tertutup mata merasakan nikmat tersebut. Terutama jika telinga sedang betul-betul mengalami kegatalan, kalau boleh nak dikorek sedalam-dalamnya. Biasanya bila telinga terlalu gatal ini menandakan sudah banyak tahi telinga yang terkumpul, itu yang kerja pembersihan perlu dilakukan dengan segera.

Namun begitu, ada juga sesetengah dari kita ini akan kerap mengorek telinga sehingga anda yang melakukannya setiap hari. Tapi apabila korek tiada apa pun, tiada tahi telinga tapi tetap gatal.



Tahukah anda tindakan mengorek telinga dengan kerap tapi masih tidak hilang rasa gatal, malah timbulkan rasa sakit di dalam telinga mungkin anda sedang berhadapan dengan masalah serius. Mari kita ikuti pengalaman Dr Ezairy M.Sallih yang bercerita mengenai salah seorang pesakitnya, hanya sekadar untuk peringatan semua.

                       


Mengapa tidak digalakkan mengorek telinga secara berterusan?

Ada seorang pesakit datang semalam dan bertanya, memang perlukah kalau telinga gatal itu tak payah nak dikorek dan dibersihkan? Dibiar sahaja ke?

Beliau bertanya selepas saya periksa salur telinganya yang sudah membengkak, sudah ada kesan luka dan gegendang telinganya pun habis dipenuhi jangkitan. Semua ini berlaku akibat tindakan beliau yang berterusan mengorek menggunakan besi. Sedap katanya, legaaa...

Tetapi, semakin lama ianya tidak berhenti gatalnya, bahkan kini menjadi sakit. Sakit yang teramat sangat!

                       

Cara mengelakkan keadaan bertambah teruk.

Oleh itu, nasihat saya. Apabila anda alami kegatalan atau ada sebarang masalah pada telinga anda, jangan terus mengorek untuk hilangkan gatal tersebut. Banyak keburukan boleh berlaku. Ya, memang rasa lega pada mulanya, tapi fikirkan keburukan masa panjangnya.

Kesan untuk jangka masa panjang.

Keradangan dan jangkitan pada salur telinga telah berlaku kepada psakit saya. ‘Otitis externa’ ini jika lewat dirawat, amat sukar untuk sembuh. Lebih bahaya jika pesakit ada penyakit kencing manis.

Hati-hati.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen