Ibu-Ibu, Vitamin Pranatal Tidak Akan Membuat Ibu Mengandung Gemuk Tapi Ia Memberikan Nutrien Yang Diperlukan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila anda disahkan hamil, peluang untuk anda kelihatan berisi akan lebih banyak. Berat badan anda akan bertambah semasa mengandung adalah disebabkan pelbagai faktor selain pertumbuhan dan pembesaran bayi itu sendiri.

Orang kata makan untuk dua orang, sebab itula berat badan lebih mudah naik. Namun begitu, jangan terlalu risaukan akan perkara ini sehingga anda tidak mahu mengambil apa-apa vitamin untuk perkembangan bayi anda.



Apa yang lebih membimbangkan adalah, terdapat beberapa pihak menyatakan bahawa vitamin prenatal itu adalah salah satu punca kepada kegemukan ketika hamil. Menurut perkongsian Klinik Dr Asmah, pengambilan vitamin pranatal adalah punca kepada kegemukan ibu hamil itu tidak benar.

Jelasnya, vitamin pranatal ini penting untuk buat ibu mengandung kerana mereka perlukan nutrient yang lebih daripada biasa untuk pastikan keperluan ibu dan bayi dalam kandungan.

                       

"Betul ke orang kata, makan vitamin pranatal tu boleh gemuk??"


RAMAI YANG ANGGAP, MAKAN VITAMIN PRANATAL BOLEH BUAT IBU HAMIL GEMUK ITU SALAH‼️‼️ AMBIL, JANGAN CULAS UTK ELAK MASALAH PERKEMBANGAN JANIN.


Vitamin pranatal ni penting sebab ibu mengandung memerlukan nutrien yang lebih daripada biasa utk pastikan keperluan ibu dan janin dipenuhi.

Antara suppliment yang sesuai utk ibu-ibu hamil ialah:

✔️ASID FOLIC = Mengelakkan risiko spina bifia dan kecacatan tiub neutral

✔️OBIMIN = Multivitamin yang sesuai untuk wanita mangandung adalah yang tidak mengandungi Vitamin A atau retinol.

✔️VITAMIN PRANATAL = Amalan diet seimbang sememangnya amat mustahak dan wajib diamalkan ketika hamil. Namun pengambilan vitamin ketika hamil atau prenatal vitamin ini juga penting untuk menampung nutrien penting yang diperlukan oleh si manja. Vitamin pranatal seperti asid folik, zat besi dan kalsium adalah antara vitamin tambahan yang lazimnya dibekalkan kepada bakal ibu oleh doktor mengikut keperluan kehamilan masing masing.



                    


JANGAN RISAU, IA TIDAK MNYEBABKAN KEGEMUKKAN DAN BAYI BESAR


Wanita hamil akan berubah fizikal dan hormon dan kadang kadang tu boleh mnyebabkan perubahan dan ketahanan fizikal dan juga emosi. Pengambilan vitamin pranatal ni hanyalah sebagai pelengkap kepada diet seimbang yg sngat penting untuk ibu ibu mengandung.

Jadi, ibu ibu tak perlu risau dan jangan culas ya.

TAPIIII.........

Tak semua vitamin boleh diambil oleh ibu mengandung tau. Jumlah kita baca sikit vitamin apa yang ibu mengandung kena elak.

Antaranya :

vitamin A atau retinol = Kemungkinan menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan juga keracunan hati.

Gamma Linolecic Acid atau GLA = Dikhuatiri akan mengakibatkan kecacatan dan merbahaya kepada kandungan.

Waktu nak ambil vitamin? baca sikit lagi kat bawah ni.

Kebanyakan suplemen dan vitamin digalakkan untuk diambil selapas makan pada waktu pagi. Cara ini akan membantu penyerapan maksimum vitamin dan mendapat manfaat sebaiknya dari fungsi vitamin seperti meningkatkan kecergasan dan meningkatkan tenaga sepanjang hari. Manakala bagi zat besi pula, waktu pengambilan yang disarankan ialah sebelum makan kerana ia akan menyerap dengan berkesan ketika perut kosong.

Jangan bertindak sendiri, dapatkan nasihat dari pakar farmasi atau doktor sebelum mengambil supplemen atau vitamin dan dapatkan maklumat berkaitan secukupnya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen