5 Aplikasi Untuk Membantu Anda Lebih Produktif Di Tahun Baru.

Pada masa kini iaitu pada zaman berteknologi tinggi pasti terdapat banyak sahaja cara untuk memudahkan kerja kita. Jika gunakan gajet ke arah kebaikan, hasilnya juga akan menjadi positif. Jadi, untuk menjadi seorang yang positif dan produktif, anda boleh sahaja menggunakan 5 aplikasi ini untuk membantu anda sekiranya untuk mendapat semangat dan dorongan.

5 aplikasi tersebut adalah…

1. Daylio.

Aplikasi ini telah dilancarkan pada tahun 2015 dan telah dimuat turun oleh lebih lima juta pengguna. Ia berfungsi sebagai diari ringkas untuk mengesan ‘mood’ anda setiap hari. Daylio membantu anda mengenal pasti punca stres yang berlaku, matlamat yang ditetapkan dan juga pencapaian yang telah diperoleh. Anda juga boleh melihat laporan mingguan menerusi fungsi kalendar yang disediakan.

Image result for daylio

Kredit Foto: MindTools

2. Smarter Time.

Smarter Time ialah penjejak masa automatik yang mampu mengesan ke mana masa anda dihabiskan. Aplikasi lain memerlukan anda mengisi aktiviti harian secara manual, namun berlainan bagi Smarter Time. Anda hanya perlu mengaktifkan lokasi, geolokasi dan beberapa penetapan ringkas bagi membolehkan ianya mengesan aktiviti anda sepanjang hari dan anda dapat melihat laporan setiap minggu. Menarik bukan!

Image result for smarter time

Kredit Foto: Capterra

3. Remente.

Remente pula berfungi sebagai ‘jurulatih peribadi digital’ dan berfungsi untuk menilai rutin, tingkah laku serta tahap kualiti kehidupan anda dari pelbagai aspek. Remente hadir dengan fungsi ‘planner’ harian, ‘life assessment’ atau penilaian kehidupan, artikel motivasi, perancangan kewangan, kesihatan dan banyak lagi.

Image result for Remente

Kredit Foto: MakeMoney

4. Gratitude Journal.

Kajian menunjukkan bahawa dengan mengamalkan ‘gratitude’ atau bersyukur mampu memperbaiki kualiti kehidupan. Sewaktu kecil kita selalu memiliki diari untuk meluahkan apa yang dirasa. Kini teknologi menjadikannya lebih mudah.

Gratitude journal ini merupakan diari digital yang membolehkan anda menulis apa sahaja yang anda syukuri setiap hari. Ia hadir dengan notifikasi peringatan untuk menulis catatan dan masanya boleh diselaraskan mengikut kehendak anda. Aplikasi ini menjadi lebih menarik dengan fungsi pilihan warna sebagai latar jurnal, fungsi muat naik gambar, kata-kata motivasi malah anda juga boleh berkongsi kata-kata yang ditulis dengan rakan-rakan atau ahli keluarga.

Image result for gratitude journal apps

Kredit Foto: iTunes

5. Trello.

Aplikasi ini telah dilancarkan pada tahun 2012 dan telah dimuat turun oleh lebih lima juta pengguna. Ia aplikasi mudah yang membantu anda menguruskan kerja-kerja seharian sama ada tugasan di rumah atau di tempat kerja. Anda juga boleh menggunakannya secara solo atau menjemput rakan untuk menggunakannya pada masa yang sama.

Aplikasi ini sangat bermanfaat buat mereka yang bekerja secara berkumpulan. Anda boleh membahagikan tugasan kepada rakan-rakan, memuat naik dokumen, dan juga menyelaraskan kerja-kerja anda dari telefon ke komputer.

Image result for aplikasi trello

Kredit Foto: MoboPlay

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Mencuba!

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen