Anak-Anak Sukar Berkerjsama Dengan Baik, Mari Cuba Pancing Mereka Dengan 9 Cara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasti kebanyakan ibu-ibu berhadapan dengan masalah sukar untuk berkerjasama dengan anak-anak. Apabila beri arahan, anak-anak sukar ikut dan hanya pandang sambil lewa sahaja. Itu yang sampai ibu-ibu naik angin nak suruh anak dengar dan ikut arahan.

Sedar atau tidak, cara kita memberi arahan dan teguran terhadap anak-anak itulah yang akan memberi kesan bagaimana anak-anak kita bertindak balas dengan setiap kata kita. Sama anda mereka anggap sambil lewa atau segera melakukan tugasan itu semua bergantung kepada kita.

Sedikit perkongsian dari Puan Maryam Thoraya Arifin, berkenaan pupuk semangat kerjasama dikalangan anak-anak ini yang sememangnya akan memudahkan ibu-ibu kelak. Tapi ia perlu dilakukan dengan konsisten dan jangan berharap ia berhasil dengan mudah.




Apabila anak tidak mengikut arahan, seringkali mereka yang dipersalahkan. Soalannya benarkan mereka yang bersalah? Atau teknik kita yang perlu kita yang perlu di perhalusi?

Jangan terus mengalah. Ada kalanya, ia memerlukan kita yang menyusun strategi. Strategi kita, kita semestinya sama. Ia percubaan dan percubaan dari kita, membentuk kebiasaan.

KEBIASAAN kita inilah yang sangat mempengaruhi persepsi anak kita dan bagaimana mereka bertindakbalas. Membentuk kebiasaan, bukan sekali dua, ia percubaan untuk konsisten dengan usaha ini. Sama-sama kita hayati.

                          

1. Susana yang seronok.

Dalam memancing perasaan mereka untuk membuat sesuatu, adalah penting untuk kita pastikan suasana yang baik yang mampu menggalakkan anak mengikuti aktiviti atau membuat sesuatu yang kita hasratkan. Suasana boleh mempengaruhi perasaan anak dan kita sendiri. Suasana yang baik mampu membantu anak memahami apa yang kita tuturkan . Ia meransang sikap ingin tahu, sikap senang mencuba, sikap senang membantu. Elakkan daripada memberi pelbagai permintaan disaat suasana yang menyebabkan emosi anak tidak stabil.

2. Tenang.

Pastikan anda juga tenang. Mampukah anda dalam keadaan sangat penat bercampur marah, mampu mengawal kata-kata semasa bertutur dengan anak? Di sat ini, anak mungkin berasa berat untuk memberi kerjasama kerana mereka sendiri tidak selesa dan rasa ingin menolak. Apabila kita tenang, kita lebih mudah menyusun kata-kata dan lebih mudah merancang. Usahakan ketenangan ini akan lebih mudah dengan melatih diri banyak berfikiran positif.

2. Fun intonation.

Mengajak sesuatu, boleh saja diubah kepada sesuatu ajakan santai berbanding satu arahan. Bayangkan bagaimana perasaan anda sekiranya bertalu-talu mendapat ayat arahan dari bos anda? Adakah anda gembira? Anak juga begitu. Anda boleh ubah kepada ayat yang lebih santai, dengan olah intonasi, tambah perkataan jom.

                      


4. Tukar permintaan kepada ajakan “role play”.

Bayangkan situasi ini. Anda mengajak anak berlumba melipat baju, bermain role play operasi “Ninja Helper” mengemas rumah, main sidai-sidai baju sambil berborak santai, main tolak-tolak bakul sambil kitup baju-baju kotor, dan antara yang anda patut cuba ialah membersihkan halaman rumah di luar dan mereka terus mandi!. Aktiviti ini memang tidak selaju kita buat, tetapi ia amat mengurangkan keletihan minda kita.

Baik, sekiranya ia sesuatu yang lebih berat. Contohnya ada yang tidak kita setuju dan inginkan kerjasama dari anak. Beberapa idea di bawah ini, anda boleh cuba!

                        

5. Jelaskan apa yang anda nampak atau apa masalahnya.

Fokus kepada masalah yang timbul. Ia lebih mudah untuk anak faham apa masalahnya yang sebenar. Sukar untuk anak melihat apa yang perlu mereka lakukan sekiranya kita menyalahkan perangai atau personaliti mereka.

Apabila kita menyatakan kepada mereka apa masalahnya, ia akan membantu mereka memikirkan apa yang perlu dilakukan. Jika menyerang personaliti, ia akan membantutkan fikiran mereka dan menambahkan kesedihan.

Contoh:

Daripada: Ahmad, Kamu ni memang keras kepala. Nak tunggu rumah banjir baru berhenti main air?

Gantikan kepada: Air sudah hampir melimpah keluar, Ahmad.

6. Beri informasi.

Berikan informasi adalah jauh lebih mudah dari memberi hukuman melulu. Ini juga akan memudahkan mereka mendapatkan idea menyelesaikan masalah. Sekaligus ia membantu menajamkan kemahiran menyelesaikan masalah.
Bayangkan jika kita terus menerus menghukum kesalahan tanpa melalui proses ini. Kita sebenarnya membantutkan proses pembelajaran mereka dan menambahkan kebingungan anak.

Apabila kita memberi informasi kepada anak, sebenarnya kita memberi HADIAH bermakna buat KEHIDUPAN mereka. Ia berguna sepanjang kehidupan. Memberi informasi ini amat mudah sekiranya dibandingkan dengan memberi kan kata-kata yang amat menyedihkan anak. Mereka bukan sahaja rasa bersalah, tetapi TERLUKA. Usaha kita juga menunjukkan kita memberi kepercayaan kepada mereka.

Contoh 1

Daripada: Kenapa tak simpan semula susu dalam peti ais ni? Dah banyak kali dah cakap . Tapi tak dengar dengar juga.

Gantikan kepada: Ahmad, susu kalau duduk diluar, akan jadi basi.

7. Nyatakan dalam 1 perkataan.

Anak-anak tidak suka kepada bebelan yang panjang lebar. Cuba kurangkan sebanyaknya atau hanya 1 perkataan. Banyak situasi membuktikan perkataan yang sedikit, memberi impak yang LEBIH BERMAKNA. Selain dari menjimatkan masa, tenaga.

Contoh:

Daripada: Ha, asyik letak stoking merata-rata. Nanti esok hilang, tak payah pakai pergi sekolah

Kepada: Ahmad, STOKIN ( sambil menunjukkan stoking Ahmad)

8. Jelaskan apa yang anda rasai:

Elakkan daripada memberi serangan kepada tabiat atau karekter anak. Sebaliknya, fokus kepada bagaimana perasaan kita terhadap isu yang di bawa. Dengan berbuat demikian, kita sebenarnya menunjukkan isi hati kita tanpa kita MELUKAKAN mereka.

Contoh 1:

Daripada: Kan dah kata ! Jangan lari di dapur!

Gantikan kepada: Sayang, di dapur ada banyak barang tajam dan panas. Mama RISAU kalau kena adik adik.

9. Surat Cinta:

Percayakah anda, kadang kala, menulis nota kepada anak boleh menjadi cara yang sangat efektif? Ramai anak-anak suka apabila mendapat ‘surat cinta’ daripada kita, tidak kira samada mereka sudah pandai baca atau belum pandai baca.

Anak yang kecil, mereka sangat teruja mendapat sesuati yang bertulis dihantar kepadanya. Dan mereka juga teruja untuk membalasnya. Bagi anak yang lebih meningkat usianya, mereka rasa kita mengambil perhatian untuk mereka kerana usaha kita meluangkan masa untuk ini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen