Gadis Ini Kongsi 14 Cara Rancangan Kewangan Buat Mereka Yang Berumur 20an, Jom Baca.

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat anda yang baru sahaja tamatkan pelajaran dan ada yang baru sahaja mulakan pekerjaan yang pertama, pasti anda tidak sabar menanti gaji pertama anda bukan? Rasa-rasa apa yang akan anda lakukan dengan gaji anda itu?

Mungkin ada yang pasang niat, bulan pertama ini beli dahulu apa yang diinginkan, bulan kedua pula baru mula menyimpan. Ataupun anda tidak memikirkan untuk menyimpan malah fikir untuk beli barangan keinginan anda dahulu.

Agak-agak di usia anda yang muda ini, apa perancangan kewangan yang terbaik boleh anda lakukan ye? Jom baca sedikit perkongsian dari saudari Syafieqah A'lya mengenai perancangan kewangan buat mereka yang berumur 20 an ini.



UMUR 20-an korang patut baca ni :

1. Gaji pertama plan untuk menyimpan dulu bukan hutang

2. Mula simpan tiga hingga enam bulan gaji. Ianya tak sukar lagi-lagi kita yang takda komitmen ni lagi.

3. Mula beri duit poket pada mak ayah kita. Jangan malu tak banyak takpa, yang penting ikhlas tetapi kena terus meningkat duit poket tersebut.

4. Kalau nak jugak beli kereta, beli murah-murah je. Tak mahal takpa, yang penting mudah untuk kita bergerak. Itu tujuan utama.

5. Jangan buat hutang personal loan dan credit card jika takda tujuan yang tepat. Konon nak wujud ccriss akhirnya terjerat, ter apply banyak pula

6. Jangan tertipu dengan skim-skim yang menjanjikan keuntungan dalam pelaburan. Mereka pandai bermain dengan emosi. Jadi hati-hati.

7. Bila simpanan kecemasan tiga ke enam bulan gaji dah cukup maka mula pecahkan kepada dua iaitu simpanan dan pelaburan iaitu melabur dalam asb financing.

8. Asb financing bantu korang konsisten menyimpan tiap bulan secara tak langsung tak culas menyimpan walau tak rela tetapi manisnya kemudian.

9. Dah seronok melabur korang mesti ada perlindungan perubatan dan hayat. Dimana part ni ramai tak nak pandang. Korang lupa sakit kenal tak kenal usia, ianya tak kan tunggu kita bersedia untuk sakit tu datang.

10. Bila dah cukup cash korang tu mula melabur dalam hartanah. Cabar diri miliki rumah at least sebuah rumah untuk diri dan keluarga kecil akan datang.

11. Cari ilmu hartanah di luar banyak sharing yang dilakukan. Ilmu takkan datang sendiri kalau kita sendiri tak mencarinya.

12. Di kala kita seronok menyimpan pecahkan kepada beberapa tabung simpanan seperti tabung untuk kahwin, travel setahun dua kali, umrah, roadtax dan insurance, reward diri dan macam-macam lagi.

13. Bila kewangan dah strong mula melabur dalam unit trust dan PRS pula. Keduanya sama penting untuk pelaburan jangka masa panjang.

14. Bila ilmu kewangan dah mantap dan kita praktikkan in shaa Allah cerah masa depan, senang nak pinang anak dara orang. Tapi kalau korang dah kahwin dulu takpa lah, mula lah merancang untuk masa depan anak-anak pula. Tak gitu..

Saya doakan mereka yang berusaha nak mula hidup tu dipermudahkan urusan selalu, maju dalam kerjaya mereka ceburi dan dilimpahi rezeki melimpah ruah dan deras masuk kat kita. Aamin

Semoga bermanfaat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen