Jom Amalkan Konsep Diet Pemakanan Seperti Orang Cina.

Terlalu banyak tips dan amalan sudah kita cuba untuk menurunkan berat badan. Ada sahaja yang tidak kena dan mudah terkandas ketika proses ini. Sebagai rakyat Malaysia, lidah sudah terbiasa untuk makan nasi setiap hari. Tekak orang melayu la katakan. Akan tetapi kita dianggap bertuah kerana memiliki masyarakat majmuk dimana boleh pelajari diet pemakanan bangsa lain, diantaranya ialah seperti orang cina.

Jarang untuk kita lihat mereka ini mengalami masalah berat badan. Malahan asal sahaja hujung minggu, hanya golongan mereka sahaja yang rajin beriadah pada waktu pagi seperti jogging, taichi, yoga dan sebagainya. Sebagai anak melayu, ambil kebaikan ini untuk diterapkan dalam hidup kita supaya berat badan tidak mencecah obesiti.

Antara diet pemakanan orang cina yang kita boleh ikut adalah…

1. Menyediakan makanan dalam mangkuk.

Sebagai individu yang gemar menonton rancangan jepun, korea dan cina, selalu kita lihat mereka makan dalam mangkuk, kan? Budaya mereka ini memang sentiasa menggunakan mangkuk supaya dapat mengawal kuantiti makanan. Semakin kecil mangkuk, semakin sedikit kuantiti makanan yang diambil. Kalau anda pernah makan di Boat Noodle, ia sudah menjadi kebiasaan, kenapa tidak boleh praktikkan di rumah, betul tak?

Pada permulaan memang sukar kerana sebagai anak melayu kita suka tambah nasi, oleh itu pentingnya ada sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

2. Makan 3 kali sehari.

Bagi bangsa cina, makan 3 kali sehari amat penting dalam hidup mereka terutamanya ketika sarapan. Secara saintifiknya, memang benar sarapan itu penting kerana ia akan mengelakkan kita untuk makan berlebihan ketika tengah hari dan pada waktu malam. Mempunyai jadual makan yang konsisten ini, secara tidak langsung melatih badan untuk mengawal tahap tenaga dan penurunan berat badan.

3. Cerewet dalam memilih makanan.

Cerewet dalam pemakanan bukan bermaksud cerewet mengada nak makan tempat yang mahal, tetapi cerewet untuk memilih makanan yang sihat. Orang cina hanya memilih makanan yang kurang lemak atau langsung tiada lemak. Mereka akan memilih makanan seperti ikan, dada ayam, udang dan tauhu. Malah, lebihkan sayuran hijau dalam hidangan.

Kita lebihkan apa? Lebih nasi 3 pinggan.

4. Tahu teknik memasak yang betul.

Seperti kita sering dengar, membakar lebih elok daripada menggoreng. Memanggang lebih elok daripada berminyak. Jadi, amalkan konsep KUKUS, PANGGANG DAN REBUS dalam teknik memasak kita. Jadi, seperti memasak nasi ayam, dapatkan pati minyak daripada lemak ayam tersebut ketika merebus.

5. Gemar memakan sup.

Sudah sedia maklum, orang cina memang gemar pada herba-herba yang kita tidak ketahui kemudian direbus dan dijadikan sup. Sup mempunyai banyak kebaikan kerana ia rendah kalori, kekal hidrasi dan dapat membantu pencernaan. Orang cina yang minum sup herba ini sudah tentu banyak manfaatnya, jadi kalau kita suka makan ikan singgang pun, memadai.

6. Makan secara ramai-ramai.

Dan sebenarnya adalah, dengan makan secara beramai-ramai bersama keluarga juga dapat membantu kita menurunkan berat badan. Makan secara beramai-ramai mengajar mereka untuk berkongsi makanan dengan keluarga, dan tidak tamak dengan juadah yang telah terhidang. Apabila makan secara berjemaah sudah tentu kita tidak boleh tamak, dan hanya boleh mengambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja kan?

Jadi, Jom Amalkan Konsep Ini Dan Selamat Tahun Baru Cina!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen