Beritahu Pasangan Anda, Ada 4 Kelebihan Sekiranya Membeli Rumah Dahulu.

Sebagai anak muda yang mula melangkah untuk membeli harta dahulu sebelum berkahwin pasti runsing fikirkan, nak beli rumah dahulu atau kereta? Sebagai jiwa muda remaja, pasti ingin memiliki kereta yang berjenama kerana hati yang sering memberontak untuk menunjuk pada rakan-rakan sebaya. Tetapi tidak pula merasakan bangga apabila memiliki rumah sendiri.

Mungkin kereta boleh dibawa kemana sahaja untuk menunjuk. Rumah pula hanya statik sahaja.

Membeli rumah banyak manfaat yang anda akan dapat berbanding dengan kereta kerana…

1. Rumah adalah keperluan asas pada manusia.

Beritahu pada pasangan, sekiranya tiada rumah sendiri sanggup berteduh hujan dan panas dalam kereta sahaja? Kereta berjenama tetapi tiada rumah untuk berteduh, tiada guna juga. Jadi, kawal sedikit nafsu untuk beli kereta berjenama sahaja, dan simpan duit sedikit demi sedikit untuk membeli rumah pertama. Anda patut berbangga sekiranya memiliki rumah di atas nama sendiri, malahan ia adalah keperluan asas kepada manusia juga.

Dah masuk tahun 2019, cuba fikir realistik pula.

2. Permintaan yang sentiasa ada.

Secara tidak sedar, sekiranya anda memiliki rumah pada usia yang muda, permintaan untuk dibeli atau disewa sentiasa ada. Katakan pada usia 30 tahun sudah ada rumah sendiri. Lagi 10 tahun rumah anda boleh dijadikan sebagai pelaburan dalam jangka masa yang panjang. Anda boleh kaut keuntungan daripada hasil menjual rumah, atau disewakan pada umum.

Sekiranya rumah anda terletak pada tempat yang strategi seperti berdekatan dengan sekolah, Universiti, pasti ramai pelajar akan mencari rumah sewa. Dengan keuntungan yang tidak putus-putus ini, anda boleh katakan 10 tahun akan datang, kehidupan masih lagi stabil dari segi kewangan. Siapa yang taknak hidup stabil ni?

3. Aset fizikal yang boleh diguna dan dinaik taraf.

Rumah adalah asset pelaburan secara fizikal. Asset pelaburan ini anda sendiri boleh nampak dengan mata kasar, pegang dan gunakan untuk masa hadapan. Selain daripada emas yang nilainya naik dalam jangka masa yang panjang, rumah juga adalah salah satu pelaburan yang sentiasa naik tarafnya selagi anda melakukan pengubahsuaian yang sesuai.

4. Nilai rumah yang sentiasa meningkat.

Anda perlu bijak dalam pemilihan rumah ini jika inginkan nilai rumah yang sentiasa meningkat, dimana lokasi yang strategi. Dengan pengubahsuaian sekitar rumah mengikut projek kerajaan seperti LRT, MRT, pembangunan sekolah, universiti dan sebagainya, ia mampu menaikkan kos rumah anda tersebut, terutamanya konsep apartment atau kondominium.

Biar nampak pakai kereta kecik kerana sentiasa dibawa kemana-mana, tetapi memiliki rumah sendiri yang sedia untuk pelaburan. Kereta nilainya semakin susut, tetapi rumah nilainya naik untuk jangka masa yang panjang. Jadi, sentiasa berfikir ke depan!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen