“Apa Nak Buat Kalau Serangga Masuk Dalam Telinga?” Jom Ikuti Penjelasan Dari Doktor Ini.

Melihat serangga yang berterbangan pun kita lari ketakutan, apatah lagi sekiranya serangga masuk ke dalam telinga pula. Pasti akan berasa fobia selepas itu. Ada yang menangis ketakutan kerana tidak tahu untuk buat apa, namun ada juga segelintir hanya membiarkan sahaja kerana khuatir sekiranya serangga tersebut masuk dengan lebih dalam. Dengan beranggapan, serangga akan keluar ketika mandi.

Jangan terlalu takut, tapi jangan juga terlalu bertenang, jom ikuti penjelasan dari Doktor Kamarul Ariffin berkenaan dengan isu ini…

********

"Doktor, lipas masuk telinga saya!"

Kes serangga masuk dalam telinga ni kes yang lazim berlaku. Kalau ia berlaku pada kau orang, tahu tak apa nak buat? Nak tahu? Jom baca!

Tanda-tanda serangga masuk telinga:

  • Berdengung
  • Bunyi keritik
  • Pergerakan
  • Sakit
  • Kurang dengar
  • Keluar air/nanah
  • Berdarah

Apa nak buat jika serangga masuk ke dalam telinga?

1. BERTENANG.

Memanglah ngeri dan geli geleman bila serangga masuk dalam telinga, tapi cubalah untuk bertenang. Pergerakan yang terlalu banyak mungkin akan menyebabkan serangga masuk lebih dalam.

2. GUNA GRAVITI.

Halakan telinga yang dimasuki serangga, ke bawah dan goyangkan sedikit kepala. Jika serangga itu tidak berada terlalu dalam, ia mungkin akan keluar atau terjatuh keluar dari telinga.

3. ELAK GUNA PUTIK KAPAS.

Putik kapas atau pencungkil boleh menyebabkan serangga masuk lebih dalam lagi, terutamanya jika serangga itu masih hidup. Ada risiko serangga itu akan gigit gegendang telinga.

4. ELAK GUNA PENGEPIT.

Melainkan serangga tu dah mati, elakkan guna pengepit(twizzers) untuk menariknya keluar. Kaki serangga tajam, jika ia meronta, ia boleh mencederakan salur dan gegendang telinga.

5. GUNA MINYAK ZAITUN.

Jika graviti tak membantu, cuba titiskan minyak zaitun atau baby oil ke dalam telinga yang dimasuki serangga . Minyak akan melemaskan serangga itu, dan ia akan keluar atau mati.

6. CUCI DENGAN AIR.

Jika serangga dah mati, selain keluarkan guna pengepit, boleh cuci dengan semburan air sehingga keluar. Gunakan picagari, tapi tak usah sembur kuat sangat. Rosak pula gegendang nanti.

7. JUMPA DOKTOR.

Jika semua langkah di atas gagal, maka pergilah berjumpa doktor. Jika berjaya keluarkan, tetapi selepas itu telinga keluar nanah, masih sakit kuat dan telinga kurang dengar, maka jumpa doktor juga.

HATI-HATI!

Selepas keluarkan serangga dari dalam telinga, pastikan seluruh serangga tu dikeluarkan. Jangan tertinggal sisa.

Selepas prosedur keluarkan serangga, kemungkinan anda akan alami pening. Jadi, jangan terus berdiri. Rehat sebentar.

Itu sahaja! Moga bermanfaat!

Kesihatan kita, tanggungjawab kita.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen