“Mak Ayah Dah Pencen, Anak-Anak Pula Seharusnya Membantu Merancang Kewangan Mereka..”

Apabila kedua ibu bapa sudah lanjut usia, sepatutnya anak-anak pula yang perlu menjaga semua penjagaan diri mereka terutamanya dari segi kewangan. Memang benar duit pencen atau duit bersara mereka dapat menampung perbelanjaan harian mereka, akan tetapi sekiranya tiada perancangan yang taratur takut tiada duit untuk masa hadapan.

Pandangan kedua ibu bapa, mereka tidak suka untuk menyusahkan anak-anak mereka, apatah lagi nak menggunakan duit anak-anak. Jadi, sebagai anak berusahalah untuk menjaga kewangan mereka dengan…

1. Mencari semua rekod kewangan mereka.

Kadang-kala dengan mencari semula rekod kewangan ibu bapa yang lama akan menunjukkan kita seperti anak yang kejarkan duit dan harta ibu bapa. Apa kata berbincang dengan ibu bapa serta adik-beradik, jangan lakukan keseorangan. Dapatkan seperti surat ikatan, surat penjanjian, atau penyata bank kerana dokumen ini yang akan tentukan jumlah asset dan liability ibu bapa.

Jika dokumen yang lama pasti sukar untuk dibaca, jangan lupa gunakan pengimbas atau ‘scanner’ untuk simpan dalam bentuk digital. Oleh kerana itu, hal ini perlu dilakukan dari masa ke semasa, dan konsisten dalam pengendalian kewangan sehingga ke hari tua. Tak ada lah kelam kabut pada saat-sata terakhir.

2. Memperkenalkan aplikasi di smart phone.

Pada masa kini, siapa sahaja yang tidak menggunakan smart phone, kan? Jadi, perkenalkan pelbagai aplikasi pada kedua ibu bapa kita berkenaan dengan pengurusan kewangan untuk membuat bajet. Ada sebahagian daripada orang tua degil dan hanya mahu melakukan semuanya secara manual sahaja. Pergilah ke bank seorang diri keluarkan duit, transfer duit sebagainya. Kan bahaya!

Download aplikasi bank seperti Maybank2u, cimbclick dah sebagainya.

Jika untuk membuat perancangan atau bajet kewangan, aplikasi seperti Monefy, Toshl Finance Budget & Expense, Goodbudget: Budget & Finance, Expense Manager dan pelbagai lagi.

3. Membantu membuat bajet untuk ibu bapa.

Apabila sudah download aplikasi tersebut, bantu mereka pula untuk membuat bajet dalam perbelanjaan. Dengan kos sara hidup yang sudah meningkat, pasti semua perbelanjaan sudah banyak berubah. Kurangkan perbelanjaan, dan lebihkan nilai dalam bajet ini. Buat kajian dan mereka akan nampak duit keluar masuk.

4. Membantu untuk setkan bayaran secara automatik.

“Mata tak nampak, nak jalan dah tak larat…”

Sering sahaja kita dengar orang tua merungut begini. Jadi sebagai anak yang baik, bantu mereka untuk membuat segala pembayaran secara automatik melalui online. Seperti bil air, bil eletrik, bil telefon, atau kad kredit. Jadi kedua ibu bapa tidak perlu risau sekiranya terlepas due date. Kemudian tunjukkan statement bank pada mereka dengan hasil yang anda cuba bantu atau lakukan. Barulah mereka percaya.

5. Membantu untuk melabur dengan betul.

“Duit pencen atau duit EPF takkan nak habis macam tu je…”

Jadi, sebagai anak bantulah ibu bapa untuk mencari cara pelaburan yangbetul, malah cari agent yang boleh dipercayai supaya tidak mudah tertipu. Kongsikan segala artikel tentang pelaburan, dan boleh automasikan transaksi tertentu seperti ‘fixed deposit’ atau ‘mutual funds’.

6. Melindungi ibu bapa daripada kena tipu.

Pada masa kini, memang amat bahaya. Ramai yang sering ditipu di sosial media, lebih-lebih lagi mereka yang sudah berusia kerana beranggapan perkara tersebut adalah benar, padahal ‘scam’. Melalui sms pun banyak ‘scam’ juga, jika klink pada link yang dihantar pasti duit di bank hilang begitu sahaja, telefon bimbit terkena virus dan sebagainya.

Jadi, beritahu mereka awal awal-awal berkenaan dengan hal ini. Namun, pada zaman sekarang ibu bapa juga sudah moden atau urban berkenaan dengan hal scammers ini, cuma perlu lebih berhati-hati.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen