5 Perkara Yang Boleh Anda Lakukan Dengan Baju Yang Sudah Tidak Dipakai, Mana Tahu Menghasilkan Wang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasti ramai diantara kita ini miliki lebihan baju yang sudah tidak dipakai lagi bukan? Ada yang mungkin sudah tidak sesuai dengan saiz badan atau peredaran zaman, bahkan mungkin sudah tidak kena dengan mata anda. Itu semua menyebabkan anda lebih memilih untuk memakai baju lain dan tidak lagi memakai baju tersebut.

Namun begitu, jangan terus dibuang baju-baju tersebut ataupun jangan dibiarkan membusuk sahaja baju itu. Banyak perkara yang boleh anda lakukan dengan baju-baju tersebut yang sememangnya menjimatkan duit poket anda.

Tak tahu nak buat apa dengan baju-baju tersebut? Ini dia beberapa idea yang boleh anda guna pakai untuk baju terpakai anda.



1. Buat sarung batal atau kain lap.

                    

Jangan terburu-buru untuk membuang baju-baju kemaja anda itu, mana tidaknya banyak benda yang boleh anda lakukan kepada baju kemaja anda itu. Sebagai contoh anda boleh gunakannya sebagai sarung batal anda. Ataupun anda boleh guna semula sebagai baju si kecil anda.

                   

Oh tidak lupa juga, baju t-shirt anda juga boleh digunakan sebagai kain lap kotoran di dapur ataupun untuk kegunaan lain. Tidak perlulah anda membeli sarung bantal baru dan juga kain lap lagi.

                  

2. Buat aksesori.

Apa yang pasti disukai anda adalah menjimatkan anda untuk membeli aksesori kepala anda. Apa yang boelh anda lakukan dengan baju ini untuk aksesori adalah anda boleh buat baju terpakai ini sebagai bandanas atau ikat kepala buat anak anda ataupun anda sendiri. Pelbagai corak yang boleh anda gunakan bersesuaian dengan kegemaran anda.

                  

3. Buat beg kitar semula.

                   

Biasanya kita perlu membeli beg plastik apabila membeli barang di supermaket bukan? Apabila beli beg kitar semual juga mudah rosak kerana selalu mengisi barangan yang banyak. Jangan risau, anda boleh menggunakan baju terpakai ini untuk membuat beg basahan yang digunakan setiap hari.

4. Jual pakaian anda.

                   

Jika anda merasakan baju-baju anda itu masih lagi elok dan lawa. Bukan itu sahaja kualiti juga memainkan peranan penting sebelum anda menjual pakaian anda itu. Sebelum jual, anda boleh lah asingkan yang mana boleh dilakukan DIY dan yang mana boleh dijual.

Tak tahu mana nak jual? Mungkin anda boleh menjualnya kepada rakan-rakan anda ataupun boleh lakukan promotion di media sosial anda. Pasti ia akan memberikan keuntungan kepada anda.

5. Sumbang pakai anda.

                     

Bukan itu sahaja, anda juga boleh sumbangkan baju terpakai anda itu kepada mereka yang memerlukan. Itu sekiranya anda tidak mahu menjualnya. Pastikan anda menjaga kualiti baju tersebut. Yelah nak bagi orangkan, tak akan yang buruk-buruk sahaja.

Banyak lagi yang boleh anda gunakan dengan baju yang terpakai anda itu. Hanya menjadi lebih kreatif, pasti ia akan menjimatkan duit poket anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen