5 Langkah Yang Boleh Anda Ambil Untuk Perbaiki Kewangan Anda Pada Masa Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Anda rasa anda sedang berhadapan dengan masalah kewangan? Di mana wang sentiasa tidak mencukupi setiap bulan bahkan anda juga sentiasa mengikat perut sebelum tiba hujung bulan? Bukan itu sahaja, anda juga masih belum mempunyai sebarang simpanan yang boleh digunakan pada masa akan datang?

Memang tak tidur malam apabila memikirkan mengenai kewangan ini, mana tidaknya fikir nak bayar hutang PTPTN lagi, fikir nak kahwin , nak beli rumah, nak beli kereta, makan pakai sekeluarga dan macam-macam lagi. Mana nak tenang tidur malam pun.



Jadi macam mana anda ingin perbaiki kewangan anda? Ataupun anda hanya membiarkan kewangan anda selesai dengan sendirinya?

                                       

1. Rancang kewangan.

Perkara pertama yang boleh anda lakukan adalah mula dengan merancang kewangan anda. Sebagai contoh, fikirkan berapa banyak yang boleh anda bahagikan untuk kecemasan, simpanan, dan juga perbelanjaan harian anda. Pastikan anda juga membuat perancangan mengenai pelindungan takaful anda.

Rancang bedasarkan kemampuan anda, di mana anda tidak merasa terbeban dengan perkara tersebut. Mulakan secara perlahan-lahan bukan dengan begitu drastik.

2. Tetapkan matlamat.

Seterusnya, mula mencari matlamat anda. Pastikan anda matlamat anda itu adalah perkara yang menguntungkan anda. Sebagai contoh, matlamat untuk membeli rumah, kereta, lakukan pelaburan dan pelbagi lagi.

Pastikan setiap matlamat itu akan membuatkan anda ingin menyimpan dengan lebih rajin dan kerap lagi. Dan kalau boleh mencari sesuatu yang mampu membakar semangat anda.


3. Buang beban yang tidak perlu.

Untuk memperbaiki kewangan anda agar lebih stabil, anda perlu membuang segala beban yang tidak perlu. Sebagai contoh, tidak lagi menggunakan kad kredit, tidak melanggan perkara yang membazirkan anda serta tidak melukan sebarang hutang baru.

Apa yang anda rasa menyusahkan anda malah membuat anda membazir adalah lebih baik jika anda buangkan perkara tersebut. Ini kerana ia akan membuatkan anda sukar untuk menyimpan wang anda.

                      

4. Mencari ilmu tentang kewangan.

Tidak ramai orang yang mahu mencari ilmu akan kewangan ini. Hal ini kerana, ramai yang risau sekiranya mereka ditipu atau dipaksa untuk melakukan sesuatu. Sebenarnya, ilmu mengenai kewangan ini sangat baik untuk setiap individu. Denagn ilmu sebegini, anda boleh melakukan pelaburan dan simpanan dengan lebih baik, malah anda juga diguide agar berjaya melakukannya.

5. Mulakan simpanan.

Perkara yang terakhir ialah lakukan simpanan yang sememangnya akan berguna pada masa akan datang. Jika anda tidak mulakan hari ini, pasti anda akan menangguhkan lagi niat anda untuk lakukan simpanan. Mulakan dari sekarang, ia masih belum terlambat lagi.

Semoga tips ini membantu anda untuk menyelesaikan masalah pengurusan kewangan anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen