7 Aplikasi Di Telefon Bimbit Untuk Membantu Anda Menguruskan Kewangan.

Dengan perkembangan teknologi pada zaman sekarang, sudah tentu ramai anak muda mengetahui cara penggunaan aplikasi di telefon bimbit masing-masing. Jika mampu main game selama berjam-jam lamanya, masakan tidak mampu untuk membelek aplikasi yang dapat membantu kita cara untuk merekod kewangan.

Nampak seperti tidak menarik, akan tetapi sekiranya bijak cara pengendalian kewangan pasti akan berasa ketagih kerana nampak proses atau aliran duit masuk. Dengan kaedah sebegini pasti kita mempunyai kesedaran untuk menyimpan duit dengan lebih berkesan.

Antara aplikasi yang anda boleh muatnaik di telefon bimbit anda adalah…

1. Monefy-Money Manager.

Aplikasi ini adalah berbentuk rajah pai di mana anda boleh mentaksirkan corak perbelanjaan anda pada rajah tersebut. Ianya sangat mudah untuk menjejak segala jenis perbelajaan harian anda.

2. Toshl Finance Budget & Expense.

Aplikasi ini berfungsi untuk menjejaki semua jenis bil dan perbelanjaan anda. Bagi yang kerap keluar negara, aplikasi ini amat sesuai digunakan. Aplikasi ini juga mempunyai ciri pertukaran wang asing yang membantu anda menjejaki perbelanjaan anda ketika berada di luar negara, sama ada atas urusan kerja ataupun melancong.

3. Goodbudget: Budget & Finance.

Bagi anda yang tidak gemar untuk menaip, aplikasi ini amat bersesuaian. Ia berfungsi sebagai satu aplikasi yang boleh bercakap dengan anda. Aplikasi ini akan memberikan mesej berkenaan status kewangan anda dari semasa ke semasa. Jika anda terlajak dalam perbelanjaan dari bajet yang telah ditetapkan, aplikasi ini akan memberi amaran kepada anda.

4. Money Manager.

Aplikasi ini membolehkan anda untuk mengumpulkan segala perbelanjaan dan juga pendapatan anda mengikut kepada kategori yang berlainan. Contohnya seperti perbelanjaan dalam kategori makanan, barangan rumah dan sebagainya.

5. Expense Manager.

Sebagai pengguna, anda boleh menggunakan aplikasi ini untuk menetapkan had perbelanjaan bulanan serata membuat catatan pelbagai perbelanjaan yang telah anda lakukan.

6. My Tabung oleh Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia telah melancarkan aplikasi ini bagi menggalakkan orang ramai untuk lebih berhemah dalam kewangan masing-masing. Hebatnya aplikasi ini, anda boleh menganalisis duit keluar masuk dengan mudah. Aplikasi ini tersedia dalam Bahasa Melayu.

7. Touchstyle oleh Bank Rakyat.

Untuk anda yang gemar melakukan bajet harian, fungsi aplikasi ini sangat begitu membantu. Anda dapat melihat setiap perbelanjaan anda pada setiap hari dan apabila anda melebihi bajet harian, aplikasi ini akan highlight hari di mana anda telah berbelanja melebihi yang sepatutnya.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen