Pening Kepala Dengan Hutang? Ini 7 Usaha Untuk Menghapuskan Hutang Jahat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hidup ini kadang kala sukar untuk lari daripada hutang. Bahkan untuk berhutang itu juga kita terpaksa dan tak rela. Ada sesetengah orang terpaksa berhutang kerana ingin mencapai masa depan yang cerah, bahkan ada juga yang berhutang kerana ingin memenuhi kehendak dirinya.

Mempunyai hutang sememangnya memeningkan kepala, mana tidaknya setiap hari akan berkira-kira bila hutang yang ada itu akan selesai. Pasti anda sentiasa mencari cara bagaimana untuk selesaikan hutang anda yang menimbun itu. Kalau bayar sekaligus boleh dapat rumah sebijik.

Jangan risau, setiap masalah boleh diselesaikan, begitu juga dengan hutang anda. Mari ikuti sedikit perkongsian dari saudara Amir Syahir ini bagaimana untuk menghapuskan hutang yang telah anda bina itu.



7 Usaha Untuk Menghapuskan Hutang Jahat

**********************************************

                       

Untuk mencapai tahap kewangan yang baik dalam hidup memerlukan usaha dan juga pengorbanan.

Nak hapuskan hutang jahat ni kadang kala perlukan masa yang lama. Korang kena istiqamah dan usaha betul-betul supaya hutang jahat boleh dihapuskan lebih cepat.

Kejayaan tidak datang bergolek ataupun turun daripada langit. Ia memerlukan keringat, usaha dan pengorbanan.
Antara usaha yang kau boleh buat untuk menghapuskan hutang jahat adalah dengan;

1. Tanamkan Niat.

Percaya dan yakin pada diri sendiri yang kau boleh lakukan. Kalau bukan kau yang membaiki kewangan kau, siapa lagi? Takkan kau nak suruh jiran pulak tolong baiki kewangan kau.

2. Tuliskan Matlamat & Pelan Tindakan.

Tulis matlamat dengan jelas, pelan tindakan, game plan dan perancangan kau untuk mencapai matlamat tersebut. Dapat bantuan seseorang yang boleh guide kau. Contohnya;

i. Nak selesaikan hutang kereta RM17K dalam masa dua tahun.

ii. Nak langsaikan PTPTN dalam masa enam tahun.

iii. Nak hapuskan hutang peribadi RM30K

v. Nak selesaikan hutang kad kredit RM20K.

3. Berusaha & Bertindak.

Teruskan berusaha secara konsisten ke arah matlamat kau tu. Jangan hangat-hangat tahi ayam je. Dalam berusaha, mesti banyak yang kau perlu korbankan. Biarkan. Ia berbaloi jika dapat mengubah nasib masa depan kau. Ada idea tapi tak bertindak, taguna juga. Langkah seribu batu bermula dengan langkah pertama. Tak gitu?

4. Monitor Perkembangan.

Pantau perkembangan pelan tindakan kau. Contohnya matlamat kau nak ada hapuskan hutang peribadi dalam RM15K dalam tiga tahun, Tahun pertama kau sepatutnya selesaikan RM5K. Kalau belum ada, kena berusaha lagi tambah pendapatan.

5. Baiki Mana Yang Kurang.

Nama lagi pelan tindakan dan perancangan. Mesti ada kekangan dan halangan semasa. Jadi, kau jangan jadi macam pembaris. Ubah sikit mengikut kesesuaian ekonomi semasa kau. Tapi jangan tersasar daripada matlamat asal.

6. Berdoa & Bersedekah.

Berdoa kepada Tuhan supaya dipermudahkan segala urusan. Selalu berdoa murah rezeki tapi asyik mengumpat, kedekut nak bersedekah pun tak molek juga. Tidak akan jatuh miskin orang yang rajin bersedekah. Seimbangkan dunia dan akhirat. Pasti hidup kau aman.

7. Cari & Tambah Ilmu.

Ilmu tu penyuluh hidup. Biar pakai baju lama tapi beli buku baru setiap tahun. Dapat update ilmu. Kau tu orang bagi ilmu free pun malas nak baca. Apatah lagi nak melabur sedikit untuk beli buku ilmiah. Majalah artis menggelupur pulak kau nak beli.

                    

Hiduplah di atas bumi yang nyata. Bangunlah daripada lena yang panjang. Dunia ini tidak kejam tapi kau lah kejam dengan dunia kau sendiri.

Masa muda kau nak enjoy. Pergi travel sana sini, beli kereta import mewah mahal-mahal bagai ataupun buat hutang jahat je. Dah masuk umur 30 tahun barulah nak kenal erti penyesalan.

Lepas tu mula lah nak salahkan kerajaan inflasi tinggi la, mata wang Malaysia rendah lah, harga rumah mahal lah.

Jangan. Jangan salahkan sesiapa. Salahkan orang lain takkan buat ekonomi kewangan keluarga kau kembali pulih. Berusahalah anak muda. Tangguhkan kehendak yang menggunung kau tu. Dan masa depan kau akan berterima kasih dengan pengorbanan kau sekarang ni. Kah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen