Lelaki Ini Telah Berkongsi Cara Untuk Bezakan Keperluan Dan Kehendak.

Dalam merancang kewangan, sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari dengan kemahuan kita sendiri.  Kita rasa apa yang kita mahukan itu sangat penting, sehingga beranggapan ia adalah barang keperluan. Hanya kerana kalah dengan hawa nafsu sendiri, sudah pasti ia akan menjerat diri kita kelak. Bagaimana untuk membezakan sama ada ia adalah keperluan atau kehendak (kemahuan), jom ikuti perkongsian dari saudara Ahmad Samhan ini…

********

Keperluan (needs) adalah perbelanjaan yang korang wajib ada supaya dapat menjalankan kehidupan setiap hari dan bekerja.

Boleh kata juga, ini adalah perbelanjaan berulang yang selalunya, tak gunakan sejumlah besar gaji bulanan korang – ansuran rumah, sewa rumah, atau bayar kereta.

Bawah ni adalah senarai pendek perbelanjaan dalam kategori keperluan :

  • Rumah.
  • Kenderaan.
  • Takaful.
  • Petrol dan bil.
  • Makanan.

Kehendak pulak, adalah perbelanjaan yang bantu jadikan hidup korang lebih selesa. Benda-benda yang korang beli untuk puaskan hati.

Korang boleh hidup macam biasa kalau benda tu takde. Tapi, korang boleh nikmati hidup yang baik kalau ada.

Sebagai contoh, makanan adalah keperluan. Tapi mocha dan latte adalah kehendak.

Contoh soalan yang mereka gunakan adalah seperti :

“ADAKAH ORANG ITU BOLEH HIDUP, TANPA BARANG ITU?”

Kalau sesuatu benda tu tak diperlukan dan tak penting, ia adalah kehendak.


3 CARA SUSUN KEPERLUAN DAN KEHENDAK.

Mulakan dengan senaraikan semua barang yang korang beli dan bayar setiap. Ini termasuk makanan, barang mandian, hingga ke bayar parking.

Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu ‘keperluan,’ dan satu lagi ‘kehendak.’

Jumlahkan semua, dan selaraskan mengikut perkara yang lebih utama.

Kalau ikut NerdWallet, mereka akan saran gunakan bajet 50/30/20 :

* 50% untuk belanja ’keperluan,’

* 30% untuk belanja ‘kehendak,’ dan

* 20% untuk ‘simpanan’ dan bayar hutang.

Katakan pulak, perbelanjaan semasa korang tak sepadan dengan senarai yang korang buat. Macam mana nak buat?

Korang boleh ubah dengan :

1 )Tengok balik senarai yang anda buat.

Kaji balik betul-betul senarai yang korang buat tadi. Mungkin ada benda yang korang terlepas pandang, yang berada dalam kategori ‘keperluan,’ tapi sebenarnya ‘kehendak.’

2 ) Rangka balik belanja ‘keperluan’.

Walaupun korang perlu bayar sesuatu perkara (sebagai contoh,bil handphone), korang boleh pilih pakej lebih rendah dan meminimumkan penggunaannya.

3 )Kurangkan belanja KEHENDAK.

Ini paling senang, tapi tak semua orang sanggup buat.

Tak bermakna korang tak boleh berbelanja langsung. Cuma, kena kurangkan. Kalau nak beli barang yang mahal sikit, kumpul duit.

Boleh je beli barang yang korang nak, janji bajet korang tak koyak.

Apa-apa pun, keperluan dan kehendak antara setiap orang tak sama.

Kadang-kadang kita rasa nak sangat beli ‘benda’ tu sampai rasa itu adalah keperluan,selagi tak dapat selagi tu tak tenang.Nak lagi benda tu baru release.Memang mengoda.

Tapi, korang cuba buat-buat lupa,jangan fikir sangat. Lama-lama ‘benda’ tu dah jadi kehendak. Harga pun jatuh.

Tapi,kalau tak boleh lupa juga,beli je lah!haha

Hakikatnya,semuanya korang yang tentukan!

Image may contain: text

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen