Tips Rumahtangga Untuk Seorang Isteri Daripada Nasihat Ustazah Ini.

Dalam rumah tangga, pasangan suami isteri sudah tentu ada tanggung jawab dan peranan masing-masing yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab dan peranan ini perlu dilakukan dengan adil, bijaksana dan saksama supaya kehidupan alam rumah tangga menjadi bahagia dan harmoni.

Tanggung jawab menjadi seorang suami adalah lebih berat kerana dia adalah seorang pemimpin keluarga, namun tanggung jawab seorang isteri akan memperlihatkan keadaan mereka menjadi lebih kuat dan tabah dari seorang suami.

Dengan tenaga kudrat untuk melahirkan seorang cahaya mata, memberi bantuan pada suami sekiranya suami terlupa, perlu mengingati segala hal yang berkaitan dengan keluarga dan pelbagai tugas lagi. Prinsip rumah tangga ini, dapat lihat dari perkongsian Ustazah Ainun Mardhiah dari laman facebooknya…

********

Catatan Pendek Tentang Rumahtangga.

Bismillah.

Bila ditanya tentang tips rumahtangga, saya tak tahu nak mula dari mana. Sebab saya ni simple sgt orangnya.

Mungkin ramai lagi lebih arif dan boleh berkongsi. Tetapi ini sedikit catatan saya moga boleh memberi manfaat kepada semua.

Prinsip saya untuk rumahtangga:

1. Pegang pada pesanan dan hadith Nabi. Wanita yang solat 5 waktu, taat pada suami, berpuasa pada bulan Ramadhan, jaga kehormatan diri. Jagalah semua ni sungguh2. InsyaAllah Allah akan masukkan kita ke dalam Syurga melalui pintu mana yg kita nak masuk. InsyaAllah.

2. Jadi isteri yang memudahkan suami. Lengkapkan mana yang kurang. Bukan ambil mudah perasaan suami.

3. Jujur dan bagitahu suami apa yang kita rasa. Sama ada positif atau negatif. Bagitahu waktu mood dia paling tenang.

4. Tak perlu terlalu complicated dan perfectionist. Just buat yang terbaik ikut kemampuan.

Contoh : kalau tak larat nak masak dan urus rumah bagitahu suami. Dan suami yang baik akan bertimbangrasa insyaAllah. Bukan hari2 jadi macamni kan. So berlapang dadalah dengan keadaan pasangan.

Respect.

Jangan paksa suami utk dengar luahan kita kalau dia tengah busy. Suami pun sama. Hargai isteri dan banyak mendengar dengan fokus jika isteri/suami nak bercakap.

Jadikan rumahtangga kita seperti meriahnya masjid. Masjid adalah tempat yg penuh ketenangan. Hadapi konflik dengan matang dan sejahtera.

********

Semoga Bermanfaat Dan Carilah Kebahagiaan Dalam Rumah Tangga!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen