Ajak Ahli Keluarga Anda Untuk Bersihkan 5 Benda Ini Dalam Rumah.

Pada mereka yang memiliki adik-beradik yang ramai, dan terpisah jauh kerana sudah berkahwin dan bekerjaya, pasti tidak duduk sebumbung lagi dengan ibu bapa. Sekali-sekala anda dan adik-beradik perlu membuat perancangan untuk balik ke rumah ibu bapa dan membuat gotong-royong. Takkan nak biarkan ibu bapa anda lakukan semua perkara hanya berdua, betul tak?

Jadi, jangan lupa untuk bersihkan 5 perkara penting ini…

1. Langsir .

Sebenarnya ada orang lima tahun tak tukar langsir baru tapi itu tidak mengapa asalkan langsir itu tetap dicuci setahun sekali. Perangkap habuk dan bau hapak ialah pada langsir anda, jadi ia adalah langsir paling utama untuk anda bersihkan. Namun langsir di dapur dan bilik mandi wajib dibersihkan sekurangnya dua kali setahun kerana bukan sahaja habuk, tempias dari minyak masakan dan air basahan pasti melekat.

Cara untuk membersih secara berkala, anda boleh vakum pada setiap bulan pada permukaan langsir bagi menarik segala habuk yang melekat.

2. Tilam.

Ada yang sentiasa membasuh cadar dan selimut sahaja tanpa menghiraukan kebersihan tilam. Malahan hanya setahun sekali sahaja bersihkan tilam tersebut. Oleh itu, anda seharusnya vakum pada setiap sisi tilam, dan jika terdapat tompokan pada tilam, gunakan gel pencuci dan berus hanya pada bahagian tersebut. Anda boleh keringkan tilam menggunakan pengering rambut pada tahap sederhana.

3. Kabinet dapur.

Dapur adalah tempat yang sering dikunjungi sama ada tempat untuk memasak, atau keluar masuk buka peti sejuk sahaja. Akan tetapi selalu semak setiap barangan di sapur khuatir dan lepasi tarikh luput. Buang segala bahan memasak yang sudah tamat tempoh atau hampir pada tarikh tersebut. Cuci dan bersihkan kabinet, perkakas yang sudah lama terperuk didalamnya, takut dah jadi sarang lipas dan cicak.

4. Almari.

Setahun sekali sebelum almari roboh dengan pakaian lama baik mula mengemas dari sekarang. Inilah masanya untuk menyusun atur semula trend fesyen, warna dan pakaian sudah tidak muat. Sebelum mengemas pakaian, pastikan anda sudah tahu hendak beri pada siapa dan selebihnya dihantar kepada pusat kitar semula. Bukan setakat mengemas pakaian, malah bersihkan dan lap almari tersebut.

5. Lampu dan kipas.

Setiap kali tidak terasa angin dari kipas siling, bersihkan kipas tersebut dengan membuka dan sental. Sakit juga tengkuk sekiranya anda bersihkan dengan menggunakan tangga. Keselamatan juga perlu dijaga, nanti pening terjatuh pula. Sama juga dengan mentol lampu bukan kerana kadar elektrik rumah semakin perlahan tapi banyak habuk pada lampu anda.

Rumah yang kemas dan bersih bukan sahaja memberi keselesaan pada anda sekeluarga malah para malaikat yang memberkati keharmonian rumah. Ingat tu…

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen