Semua Suami Wajib Ambil Tahu 5 Tanda Isteri Tidak Cukup Tidur, Jangan Kata Mereka Pemalas Pula.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila isteri kita mula tidak seramping dahulu, mudah lupa, tidur berlebihan dan pelbagai lagi, itu menandakan bahawa mereka ini tidak cukup tidur pada malam harinya. Janganlah dengan mudah anda menyatakan bahawa mereka ini pemalas dan hanya mahu tidur sahaja.

Cuba faham situasi mereka ini, apabila anda sedang enak dibuai mimpi ketika waktu malam, isteri anda sedang sibuk menyusukan anak anda, dan sedang sibuk menidurkan anda kalian. Anda pasti tidak nampak sebab sudah lena dibuai mimpi.

Sedikit perkongsian dari Dr Taufiq Razif mengenai 5 perkara yang suami perlu tahu apabila isteri tidak cukup tidur ini. Jangan abaikan perasaan mereka, mula perhatikan mereka dan berkongsi tanggungjawab yang sama.





1. Kalau sakit tu jadi lambat baik sikit sebab sistem imum dan respon tubuh untuk lawan jangkitan kuman tu jadi perlahan sikit bila kurang tidur

2. Ada masalah berat badan. Lemak bertimbun di sana sini. Bukan sebab isteri tu pemalas tapi 2 hormon ni, LEPTIN dan GHRELIN jadi kacau bilau. Tu yang jadi selalu lapar dan susah kenyang.

3. Selalu pelupa. Kurang tidur ni akan efek pada 'long and short term memory'. Kreativiti dan konsentrasi isteri kita pun akan menurun secara drastik. Tu yang duk pakai baju kelawar je tu. Bukan tak pandai berhias tapi otak jadi tumpul dan susah nak fokus.

4. Tidur berlebihan di siang hari, selalu dilihat menguap dan lesu. Sebab tu la kita kena pandai baca bahasa badan pasangan kita. Jangan mimik muka nampak lesu dan berkerut sini sana kita buat tak tahu. Jangan!

5. Isteri selalu moody. Tak cukup tidur ni akan menyebabkan isteri kita ni selalu melenting dan mudah marah ( irritability & anger ). Bukan tu je, ketahanan isteri kita pada stres pun akan sangat lemah.

Tu la kenapa tolong la perhatikan isteri kita walaupun mungkin isteri kita nampak seperti tak ada apa apa tapi percayalah, mereka tetap perlukan perhatian dan pertolongan kita.

Saya percaya, suami yang paling sensitif dengan emosi isteri adalah suami yang paling hebat di mata anak anaknya sendiri!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen