“Nak Dapat Bakal Jodoh Yang Baik, Sentiasalah Berdoa Untuk Dapat Ibu Bapa Mertua Yang Baik Juga” Kongsi Wanita Ini.

Dikala seseorang berusaha untuk mendapat jodoh yang baik untuk dirinya, sering kali berdoa untuk mendapat bakal jodoh yang baik-baik dan soleh/solehah. Akan tetapi, ramai atau tidak dikalangan kita berdoa untuk mendapat bakal ibu/bapa yang baik-baik juga?

Seperti perkongsian dari Puan Nadia Bakar, beliau mendengar ceramah dari Ustazah Isfadiah berkenaan dengan hubungan dengan ibu bapa mertua ini….

********

Biasa dengar kan?

Nak dapat anak yang baik, soleh musleh, selalunya orang tua-tua pesan pilihlah pasangan yang baik.

Salah satu usaha yang biasa kita buat ialah doa pada Allah. Minta supaya diberikan jodoh yang baik, yang soleh.

Namun, kisah yang dikongsikan oleh Ustazah Isfadiah Ahmad Dasuki hari tu membuatkan saya terhenti daripada lipat kain dan tak berkelip mata tengok TV. Tak sabar-sabar dah nak tahu lebih lagi dari ustazah yang manis itu. Otak pula cuba-cuba nak ingat semua semula. Flashback 8 tahun lepas punya memori.

“Pernah ke aku buat macam tu? Ish, macam tak pernah je. Memang confirm la tak pernah!”

Ustazah cerita, waktu tu beliau masih di universiti.

Setiap kali beliau berdoa tentang jodoh, beliau doa begini.

“Ya Allah, kurniakanlah ibu bapa mertua yang saya boleh seiring sejalan dengan dia. Yang saya boleh masuk dengan dia dan saya nak mencintai ibu bapa mertua saya melebihi cinta saya terhadap suami saya.”

Nak tahu kenapa ustazah doa begini?

Saat beliau tahu yang hubungan dengan ibu ayah mertua takkan putus sampai bila-bila sekalipun terjadinya penceraian di antara pasangan suami isteri, beliau mula terfikir untuk usaha berdoa dengan cara yang berbeza seperti di atas tu.

Betul juga kan? Kita ni kahwin dengan suami, bukan takat hubungan dengan suami je kita nak kena jaga. Hubungan kita dengan mertua pun. Malah siap tak putus sampai bila-bila pulak tu. 😭

Sambung ustazah lagi,

Macam biasa. Rutin beliau setiap hari ialah telefon ibu ayah. Tapi bila dah bertunang, beliau disiplinkan diri untuk telefon bakal ibu mertuanya seminggu sekali. Kebetulan pada waktu itu tunang beliau masih menuntut di luar negara.

Dari situ beliau dan bakal ibu mertuanya mula berkawan dan saling kenal mengenal antara satu sama lain. Ibu mertuanya nampak cita-cita beliau dan nampak semangat beliau untuk membangunkan masyarakat melalui kelas-kelas bimbingan dan ibu mertuanya pun turut serta dalam kelas-kelas tersebut.

Buat adik-adik, kakak-kakak yang masih berusaha untuk dikurniakan rezeki jodoh, saya doakan kalian diberikan jodoh suami, ibu dan ayah mertua yang soleh musleh dan sekufu. Yang juga menyejukkan hati di dunia dan akhirat.

Aamiiiin.

Yang sayang semua emak di dunia.

********

Semoga Bermanfaat Dan Memiliki Hubungan Yang Baik Bersama Ibu Dan Bapa Mertua.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen